Asap kebakaran hutan ancam jutaan rakyat AS

WorldEnvironment
31 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Asap kebakaran hutan ancam jutaan rakyat AS

WASHINGTON: Jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) terjejas akibat krisis kualiti udara besar-besaran melanda beberapa negeri minggu ini, susulan kebakaran hutan yang semakin merebak di wilayah barat laut negara itu.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran kualiti udara di sebahagian besar kawasan Idaho, Montana, Nevada, Oregon dan Washington, selain menggesa penduduk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan udara berbahaya akibat asap kebakaran.

Sekurang-kurangnya 6,000 penduduk di kawasan tengah dan timur Oregon menerima arahan pemindahan pada malam Selasa selepas kebakaran besar dicetuskan oleh ribut petir di seluruh rantau itu. Kebakaran  kini merangkumi lebih 0.6 juta hektar di negeri tersebut.

Kebakaran hutan besar di Oregon dan Washington kini menghasilkan kepulan asap tebal yang mengandungi bahan toksik, sekali gus menyebabkan tahap pencemaran udara me­ningkat ke paras ‘tidak sihat’ dan ‘sangat tidak sihat’ di kelima-lima negeri terbabit.

Pegawai NWS memberi amaran bahan pencemar dalam asap boleh menyebabkan mata pedih, hidung berair, memburukkan penyakit jantung dan paru-paru, selain meningkatkan risiko masalah kesihatan serius yang lain.

“Hadkan aktiviti luar dan pastikan kanak-kanak berada di dalam rumah jika keadaan berasap. Sila ikuti nasihat perubatan sekiranya anda mempu­nyai masalah jantung atau paru-paru,” menurut kenyataan NWS.

Asap kebakaran hutan me­ngandungi zarah halus dikenali sebagai PM2.5, iaitu partikel mikroskopik daripada sebatian toksik yang cukup kecil untuk menembusi tisu manusia dan menyebabkan masalah pernafasan. 

Pendedahan kepada PM2.5 turut dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung.

Beberapa bandar utama di Montana dan Idaho dijangka menerima kesan paling buruk akibat asap tebal pada Rabu, termasuk Boise serta Twin Falls di Idaho, Billings, Missoula selain Great Falls di Montana.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA) mengaitkan pendedahan kepada zarah halus PM2.5 dengan pelbagai masalah kesihatan, termasuk memburukkan masalah asma, penurunan fungsi paru-paru, degupan jantung tidak teratur, serangan jantung dan kematian pramatang dalam kalangan individu yang mempunyai penyakit jantung serta paru-paru. – AGENSI

The post Asap kebakaran hutan ancam jutaan rakyat AS appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved