Angin kuat percepat kebakaran bukit Puncak Alam

LocalEnvironment
27 Jul 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Angin kuat percepat kebakaran bukit Puncak Alam

KUALA SELANGOR – Tiupan angin kuat dipercayai menjadi punca kebakaran kawasan hutan bukit seluas 4.4 hektar berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2 di sini merebak dengan pantas sehingga mencetuskan kebakaran besar, hari ini.

Penduduk yang juga anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 2 Puncak Alam, Ahmad Sharifudzan Shaarani, 47, berkata, dia menyedari kebakaran itu ketika melakukan rondaan keselamatan bermotosikal kira-kira pukul 10 pagi.

“Tiupan angin kuat menyebabkan api merebak pantas dan berlaku kebakaran besar di bukit itu.

“Namun, saya terkejut melihat api marak memusnahkan kawasan bukit itu biarpun
cuaca redup, tetapi tiupan angin agak kuat.

“Saya kemudian segera menghubungi bomba dan melihat semua warga sekolah terutama pelajar telah memenuhi kawasan luar pekarangan sekolah mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambah Ahmad Sharifudzan, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku di bukit berkenaan sepanjang lebih 25 tahun dia menetap di kawasan tersebut.

“Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran tidak merebak ke kawasan perumahan berhampiran terutama Zon G.

“Kawasan tanah gambut di bukit itu kebanyakannya dipenuhi paku pakis dan tindakan pantas bomba berjaya mengawal serta memadamkan kebakaran tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba negeri, Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pukul 1.30 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 3 petang ini.

“Pemadaman di kawasan bukit itu menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan dan ‘water cannon’ jentera.

“Dua sekolah diarahkan tutup sementara oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor iaitu SK Puncak Alam 2 dan Sekolah Rendah Agama Puncak Alam,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Angin kuat percepat kebakaran bukit Puncak Alam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved