ASEAN 2025: PM Pilih Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi

LocalPolitics
16 Dec 2024 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenderaan elektrik pertama Proton, e. MAS 7 akan menjadi kenderaan rasmi ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.

Menurutnya e.MAS 7 bukan sahaja kenderaan, tetapi ia memenuhi salah satu tonggak ekonomi.

image is not available

“Dari sudut pandangan kenderaan elektrik (EV) dan usaha kita untuk membuat perubahan, meninggalkan industri karbon lama kepada yang baharu,” katanya.

Ketika ini lebih daripada 75 peratus tenaga yang digunakan di Asia berasal daripada hidrokarbon dan permintaan itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030.

image is not available

“Sekarang kita mesti mengimbangi permintaan dengan sekuriti, kemampuan, dan kemampanan. Di bawah Inisiatif Peralihan Bertanggungjawab, Malaysia meningkatkan daya saingnya dengan mengurangkan kebergantungan bahan api fosil dan memupuk pertumbuhan dalam mobiliti hijau, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyimpanan tenaga,” ujarnya.

Malah, unjuran Malaysia menunjukkan negara ini boleh menghasilkan peluang pelaburan sehingga RM1.3 trilion menjelang 2050.

Selain itu, katanya, ia mampu menambahkan lagi sumbangan sebanyak RM220 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan menjana lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved