ASEAN All Stars ‘Malukan’ Man United Di Bukit Jalil, Disaksikan 70,000 Penonton

FootballSports
28 May 2025 • 11:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kunjungan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan penuh duka selepas tewas 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

ASEAN All Stars sekolahkan Man United

Lebih memalukan, kekalahan itu disaksikan lebih 70,000 penyokong yang membanjiri stadium dalam aksi penuh dramatik dan menghiburkan.

image is not available

Foto: VNE XPRESS

Gol ASEAN All Stars dijaringkan pemain Vietnam

Memetik laporan dari Berita Harian, walaupun United mendominasi permainan awal, barisan pertahanan ASEAN All Stars tampil cukup disiplin.

Kelincahan pemain Vietnam, Nguyen Hai Long nyata menggugat pertahanan Red Devils, malah mencipta beberapa peluang dari sayap kanan. Aksi cemerlang penjaga gol Andre Onana menafikan percubaan Sandro Miguel Sison Reyes pada minit ke-25, manakala percubaan Koobie Mainoo turut dinafikan Patiwat Khammai.

image is not available

Bersambung babak kedua, United memasukkan Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho bagi mengubah rentak.

Namun, mereka dikejutkan apabila Mg Mg Lwin menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil hantaran Adrian Segecic pada minit ke-71, yang disambut dengan sorakan gemuruh penyokong di stadium.

image is not available

Meskipun United terus mengasak, penjaga gol gantian Mohd Haziq Nadzli memastikan tiada sebarang gol bolos hingga tamat perlawanan.

Kekalahan ini bukan sekadar satu keputusan mengejutkan, tetapi turut menambahkan lagi tekanan kepada skuad kendalian Ruben Amorim yang kini dilihat bergelut dalam siri pramusim mereka.

image is not available

ASEAN All Stars membuktikan mereka bukan pasukan belasahan apabila berjaya ‘sekolahkan’ kelab gergasi EPL di hadapan puluhan ribu penonton.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan)