ASEAN NCAP Tarik Balik Penarafan 5 Bintang Proton X90, Model Baharu 2026 Hanya 1 Bintang

LocalCars
15 Mar 2026 • 2:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ASEAN NCAP Tarik Balik Penarafan 5 Bintang Proton X90, Model Baharu 2026 Hanya 1 Bintang

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) secara rasmi menarik balik penarafan keselamatan 5 bintang bagi Proton X90 selepas pelancaran model facelift 2026.

Menerusi kenyataan ASEAN NCAP di Facebook, penilaian baharu mendapati kenderaan tersebut kini hanya layak menerima penarafan 1 bintang berikutan penyingkiran beberapa teknologi bantuan pemandu penting.

Difahamkan, sebahagian besar teknologi Bantuan Pemandu Proaktif (ADAS) yang sebelum ini terdapat pada model dinilai pada tahun 2023 telah dikeluarkan daripada model terkini.

Antara ciri keselamatan yang tidak lagi ditawarkan termasuk:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)

  • Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

  • Teknologi Pengesanan Titik Buta (BST)

  • Sebelum ini, pada tahun 2023, Proton X90 memperoleh penarafan 5 bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021–2025 dengan skor keseluruhan 83.79 mata.

    Skor tersebut merangkumi prestasi tinggi dalam beberapa kategori seperti Perlindungan Penumpang Dewasa (37.75 mata), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (17.79 mata), Bantuan Keselamatan (15.71 mata) serta Keselamatan Penunggang Motosikal (12.50 mata).

    Penarafan boleh diturunkan jika prestasi keselamatan lemah

    Namun selepas semakan spesifikasi model facelift 2026, ASEAN NCAP mendapati pengurangan teknologi keselamatan menyebabkan skor kategori Bantuan Keselamatan jatuh kepada tahap 4 bintang, manakala kategori Keselamatan Penunggang Motosikal merosot kepada 1 bintang kerana sangat bergantung kepada sistem pengesanan titik buta.

    "Kesannya, penarafan keseluruhan Proton X90 kini dihadkan pada tahap 1-Bintang sahaja," ujar kenyataan itu.

    Di bawah protokol ASEAN NCAP, penarafan keseluruhan boleh diturunkan sekiranya sesebuah kenderaan menunjukkan prestasi yang lemah dalam mana-mana kategori keselamatan utama bagi memastikan perlindungan menyeluruh kepada pengguna jalan raya.

    Ketua Pengarah MIROS, Siti Zaharah Ishak, berkata pihaknya kesal dengan keputusan pengeluar untuk membuang teknologi keselamatan yang berpotensi menyelamatkan nyawa.

    Sementara itu, Ketua Teknikal ASEAN NCAP, Yahaya Ahmad, menjelaskan bahawa sistem pengesanan titik buta merupakan faktor penting dalam penilaian keselamatan penunggang motosikal.

    ASEAN NCAP turut menjelaskan bahawa penarafan 5 bintang Proton X90 hanya sah bagi model yang dikeluarkan antara tahun 2023 hingga 2025, iaitu varian yang dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi ADAS seperti yang dinilai sebelum ini.

    image is not available
    image is not available
    Baca juga: