Siri Poco X8 Akan Dilancarkan Pada 17 Mac 2025

TechnologyDigital
10 Mar 2026 • 3:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Siri Poco X akan kembali dengan model baharu pada 17 Mac 2026. Peranti ini dinamakan sebagai Poco X8 yang menjadi penerus kepada model X7 sebelum ini. Ia juga dijangka meneruskan legasi terdahulu dengan menawarkan perkakasan dalaman berkuasa dalam sebuah peranti berharga berpatutan. Hal ini turut digambarkan melalui penggunaan tagline ‘Speed to the Max’ yang memberi bayangan bahawa Poco X8 bakal hadir dengan penawaran perkakasan lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.

image is not available

Dalam kemas kini terdahulu, Poco berkongsi butiran mengenai cip pemprosesan yang bakal digunakan iaitu MediaTek Dimensity 8500 Ultra dan MediaTek Dimensity 9500s. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan cip mana yang akan digunakan untuk setiap variasi. Walaupun begitu, keadaan ini seakan mengesahkan bahawa siri baharu ini berkemungkinan hadir dalam dua pilihan model sama ada versi standard atau pro sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.