ASEAN perkukuh tadbir urus AI, seimbang inovasi dan keselamatan

WorldTechnology
21 Jul 2026 • 9:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ASEAN perkukuh tadbir urus AI, seimbang inovasi dan keselamatan

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Negara anggota ASEAN sedang memperkukuh tadbir urus kecerdasan buatan (AI) menerusi beberapa dasar baharu, termasuk memuktamadkan rundingan pelaksanaan integrasi teknologi itu di bawah Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).

Sekretariat ASEAN di Jakarta Hazremi Hamid berkata rundingan berkenaan dimuktamadkan dua bulan lalu dan perjanjian itu dijangka ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 di Manila pada November ini.

Image from: ASEAN perkukuh tadbir urus AI, seimbang inovasi dan keselamatan
Sekretariat ASEAN di Jakarta Hazremi Hamid bercakap kepada media di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di Hotel Shangri’la Kuala Lumpur pada 21 Julai 2026. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

"ASEAN turut membangunkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI yang menggariskan tujuh prinsip sebagai panduan kepada negara anggota dalam mentadbir teknologi berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai forum mengenai perkembangan pesat AI pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026 di Hotel Shangri-La, petang tadi.

Hazremi berkata ASEAN turut mengamalkan pendekatan dipacu pasaran (market-driven approach) dalam pembangunan dan tadbir urus AI bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, inovasi perniagaan serta pelaburan sektor swasta di rantau ini.

"Pendekatan ini digunakan memandangkan sebahagian besar negara ASEAN masih membangun dan memerlukan lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) bagi mempercepat pembangunan ekonomi digital.

"ASEAN menerima kemasukan pelaburan yang besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan Malaysia antara negara yang mendapat manfaat ketara, khususnya di Selangor dan Johor seperti Pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved