ASEAN perlu kukuhkan sistem multilateral, model geo-ekonomi dengan GCC dan China – PM Anwar

26 May 2025 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Sidang Kemuncak-GCC-China yang pertama kali dilaksanakan mengukuhkan semangat perpaduan dan cerminan komitmen blok serantau itu.

ASEAN perlu kukuhkan sistem multilateral

image is not available

Foto: TVS

Memetik laporan Free Malaysia Today, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengekalkan sistem multilateral atau pelbagai hala dalam memastikan model geo-ekonomi Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China terus memberi impak dalam membentuk masa depan lebih inklusif.

Beliau berkata penganjuran Sidang Kemuncak-GCC-China ini bertujuan untuk mengeratkan dan memperluas kerjasama dengan kejelasan strategik.

“Saya percaya sidang kemuncak tiga pihak ini menunjukkan kejayaan dalam membentuk semula matriks perkongsian yang selari dengan realiti multipolar (sistem terdiri beberapa pusat kuasa).

“Ia melambangkan kuasa perpaduan blok serantau yang sudah pasti akan memberi impak positif kepada dunia secara keseluruhan,” kata Anwar di Sidang Kemuncak Asean ke-46 (Pleno), hari ini.

image is not available

Sidang Kemuncak Asean-GCC dan Sidang Kemuncak Asean-GCC-China merupakan detik penting dalam memperkukuh kerjasama tiga pihak.

Untuk info, Malaysia sebagai pengerusi Asean 2025 membawa tema Keterangkuman dan Kemampanan selaku tuan rumah Sidang Kemuncak ke-46, Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak Asean-GCC-China pertama.