Suara rakyat mesti diambil kira dalam sebarang keputusan babitkan masa depan ASEAN – PM Anwar

LocalPolitics
26 May 2025 • 3:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua wakil rakyat negara anggota ASEAN supaya tidak mengetepikan suara rakyat ketika membuat keputusan penting membabitkan masa depan rantau ini.

Tegas beliau, suara rakyat yang diwakili oleh ahli Parlimen pilihan mereka perlu menjadi keutamaan dalam setiap langkah yang diambil ke arah pembinaan komuniti ASEAN.

Suara rakyat yang disuarakan melalui wakil rakyat pilihan mereka mesti diambil kira dalam setiap keputusan yang membentuk rantau kita,” katanya.

image is not available

Pesanan itu disampaikan beliau dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN ke-14 (ASEAN-AIPA Interface) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

ASEAN-AIPA Interface menjadi platform dialog antara pemimpin tertinggi ASEAN bersama Speaker, Timbalan Speaker dan ahli Parlimen daripada negara anggota AIPA.

Persidangan tahun ini dipengerusikan Datuk Seri Anwar sendiri dengan membawa tema ‘Parlimen di Barisan Hadapan bagi Pertumbuhan Inklusif dan ASEAN yang Mampan’, manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengetuai delegasi Parlimen Malaysia selaku Presiden AIPA.

image is not available

image is not available

Suara rakyat mesti diambil kira

Turut hadir ialah Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta bersama delegasi AIPA negara-negara ASEAN.

Dalam pada itu, beliau berkata, AIPA boleh menjadi rakan penting dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan memacu kemajuan serantau.

Peluang untuk meneliti tema ‘Parlimen di Barisan Hadapan bagi Pertumbuhan Inklusif dan ASEAN yang Mampan’ amat bertepatan dengan masanya,” katanya.

image is not available

Beliau turut menyarankan AIPA terus memperkukuh peranan dalam tiga tonggak utama ASEAN, selain memberi penekanan terhadap isu-isu global dan serantau seperti keselamatan makanan, perubahan iklim, transformasi digital serta pembangunan ekonomi inklusif.

AIPA juga boleh menjadi rakan penting dalam memacu kemajuan merentasi tiga tonggak utama dan mengukuhkan kesiapsiagaan serta daya tahan ASEAN,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (Suzalina Halid)