Aset Hartanah Cecah RM100 Juta, Kim Soohyun Beli 3 Apartmen Paling Mahal Di Seoul!

1 Feb 2024 • 2:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai yang dah tahu kan bahawa Kim Soo-hyun merupakan salah seorang pelakon menerima bayaran tertinggi di Korea Selatan.

Terbaru menurut laporan dari Biz Korea, Kim Soo-hyun telah membeli sebuah lagi apartmen di Galleria Foret, yang terletak di Seongsu-dong.

Untuk pengetahuan, ia adalah salah satu apartmen yang paling mahal di Seoul dan dibeli dengan harga 8.8 bilion won (RM31,260,847).

image is not available

Sebelum ini, pelakon lelaki itu sudah membeli dua pangsapuri dari tempat yang sama bermakna, dia kini memiliki tiga rumah dari Galleria Foret.

Dengan harga pasaran semasa pangsapuri di situ ialah 7.2 hingga 11 bilion won, Kim Soo-hyun dijangka mempunyai aset hartanah terkumpul bernilai sehingga 30 bilion won (RM106,511,073) kini.

image is not available

Sementara itu, Kim Soo-hyun akan kembali menemui penonton dalam drama baru berjudul “Queen of Tears” bergandingan bersama Kim Ji-won.

Kaya lain macam ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.