Aset kewangan Labuan IBFC cecah AS$94 bilion, sasar jadi hab kewangan Asia menerusi dua inisiatif baharu

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2026 • 5:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aset kewangan Labuan IBFC cecah AS$94 bilion, sasar jadi hab kewangan Asia menerusi dua inisiatif baharu Image from: Aset kewangan Labuan IBFC cecah AS$94 bilion, sasar jadi hab kewangan Asia menerusi dua inisiatif baharu liza21/09/2026 - 17:29 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 21 Sept – Aset Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) mencecah AS$94 bilion pada 2025 dengan pusat kewangan itu menyasarkan untuk muncul sebagai hab kewangan utama Asia menerusi dua inisiatif baharu, iaitu Agenda Labuan Reset dan Invest Labuan.

 

Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Husni Mohamed Salleh berkata, Agenda Labuan Reset merupakan rangka kerja strategik untuk memperkemas kawal selia dan memodenkan ekosistem perniagaan Labuan bagi memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

 

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 4,971 syarikat yang beroperasi di Labuan, merangkumi sektor perbankan, insurans, pajakan dan pelbagai aktiviti perniagaan lain.

 

Sementara itu, Invest Labuan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi menerusi beberapa sektor utama.

 

“Kedua-dua inisiatif itu diharap dapat meletakkan Labuan IBFC sebagai hab kewangan utama Asia selepas melalui evolusi selama 35 tahun yang menggabungkan fleksibiliti kewangan luar pesisir dengan kredibiliti kewangan dalam pesisir.

 

“Jumlah aset keseluruhan sektor kewangan Labuan mencecah AS$94 bilion pada 2025, manakala kelebihan model pertengahan pesisir Labuan merangkumi struktur perniagaan yang lebih mudah, kecekapan cukai serta urusan rentas sempadan yang lancar,” katanya.

 

Husni berkata demikian ketika mempromosikan Labuan kepada komuniti perniagaan pada Persidangan Perdagangan, Pelaburan dan Industri Halal BIMP-EAGA Ke-3 bertemakan “Menghubungkan Pasaran, Meningkatkan Nilai” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) baru-baru ini.

 

Labuan perluas peranan kewangan serantau

Husni berkata, dari sudut kredibiliti, Labuan mematuhi piawaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) berkaitan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, selain mengamalkan kawal selia yang sejajar dengan piawaian global.

 

Menurutnya, Visi 2026 menjadi hala tuju strategik untuk memperluas keterangkuman kewangan serantau serta meningkatkan peranan Labuan dalam kewangan mampan dan kewangan digital.

 

Katanya, ekosistem kewangan Labuan merangkumi penyelesaian kewangan konvensional, patuh Syariah dan digital, termasuk skim insurans sendiri, pengurusan kekayaan serta Sukuk Iklim (Climate Sukuk).

 

Beliau berkata, pengiktirafan antarabangsa turut diperoleh menerusi kemasukan Labuan dalam Indeks Pusat Kewangan Global (Global Financial Centres Index) serta status pematuhan FATF yang baik, yang menunjukkan kedudukannya sebagai pusat kewangan antarabangsa.

 

Beliau berkata, walaupun ekonomi Islam global bernilai AS$3 trilion, BIMP-EAGA yang merangkumi Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina dengan 82.68 juta penduduk serta KDNK AS$411.32 bilion masih berdepan cabaran dalam meningkatkan nilai tambah ekonomi, khususnya apabila rantau itu mengeksport aset biologi mentah pada nilai rendah sebelum mengimport bahan kimia perantaraan yang diproses pada nilai jauh lebih tinggi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved