
ASG 2025: Detik Mendebarkan Kuartet 4x100M Malaysia Rangkul Emas
Skuad kuartet 4×100 meter (m) lelaki Malaysia mencuri perhatian apabila berjaya muncul juara dalam acara tersebut.
Kemenangan itu sekali gus menghadiahkan pingat emas kedua buat kontinjen olahraga pada temasya Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) ke-14 di Brunei Darussalam.
Dalam video yang tular di media sosial, kelihatan detik mendebarkan ketika skuad negara yang diketuai pelari sensasi, Dzul Danish, memecut pantas. Mereka kemudian menamatkan saingan final di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah dengan penuh bergaya.
@mohdhanafiali7 Tahniah buat kuartert 4x100m Malaysia yang merangkul pingat emas sebentar tadi dgn catatan masa 40.47s. 14th Asean School Games #athletics #mssmASG2025 #fyppppppppppppppppppppppp #videoviral #tiktokviral @follower_fyp
♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa bangga dan teruja dengan kejayaan skuad remaja negara itu. Rata-rata memuji larian mantap serta pertukaran baton yang kemas.
“Cantik baton bertukar tangan, sepantas kilat. Hebat, Malaysia.”
“Congratulations, team Malaysia. Our future sportsmen. Proud of you guys.”
“Passing baton kemas dan cantik. Mantap, semua.”
“Passing baton kemas dan pantas. Semua pelari laju. Pelari pertama jalankan tanggungjawab dengan begitu baik diteruskan dengan pelari k2, k3 dan diakhiri dengan pelari yang cukup sempurna untuk kemenangan negara. Tahniah, team Malaysia.”
“Tahniah anak-anak Malaysia. Berseluar panjang pun boleh je lari laju.”
Tidak hanya itu, selain memuji prestasi larian, ramai netizen turut menyatakan kagum dengan penampilan para atlet yang kelihatan sopan di trek.
Kemenangan berganda buat Dzul Danish & skuad Malaysia
Selepas Dzul Danish Jamari terlebih dahulu muncul raja pecut bagi acara 100m lelaki, kem olahraga negara terus bersinar apabila beliau sekali lagi mengetuai kuartet 4x100m untuk memenangi emas kedua.
Skuad Malaysia mencatat masa 40.47 saat, meninggalkan kuartet Indonesia yang meraih perak dengan beza 0.48 saat. Manakala, tempat ketiga pula menjadi milik Thailand dengan catatan 41.16 saat.
Kategori Perempuan
Bagi acara 4x100m perempuan pula, pasukan negara menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Pingat emas menjadi milik Thailand, manakala Filipina dan Indonesia masing-masing membawa pulang perak serta gangsa.
BACA: Tang Jie-Ee Wei Rangkul Kejuaraan Terbuka Australia, Gelaran Kedua Musim Ini
Sumber: TikTok @mohdhanafiali7, Stadium Astro
The post ASG 2025: Detik Mendebarkan Kuartet 4x100M Malaysia Rangkul Emas appeared first on Siakap Keli.


