Asia Barat kembali tegang, AS serang Iran lagi

2 Sep 2026 • 11:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Asia Barat kembali tegang, AS serang Iran lagi

KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Doha menasihatkan rakyat Malaysia di Qatar supaya sentiasa peka dengan perkembangan dan sebarang notis yang dikeluarkan pihak berkuasa Qatar susulan perkembangan terkini di rantau itu.

Kedutaan, menerusi notis di Facebook turut mengingatkan supaya individu yang melakukan perjalanan dari atau melalui Qatar untuk menyemak jadual penerbangan terkini bagi memastikan kelancaran perjalanan mereka.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi kedutaan di talian +974 3374 6733 / +974 4483 6463 atau menerusi emel : mwdoha@kln.gov.my.

Menurut laporan media antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terbaharu ke atas Iran pada Selasa, disusuli serangan balas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terhadap pangkalan dan aset AS di rantau itu, sekali gus meningkatkan kembali ketegangan di rantau Asia Barat. – Bernama

The post Asia Barat kembali tegang, AS serang Iran lagi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved