Asian Le Mans: Pasukan Tunku Panglima Johor raih kemenangan sulung

11 Feb 2024 • 11:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tunku Abdul Rahman (dua kiri) bersama-sama Pasukannya meraih kemenangan sulung dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans di Litar Yas Marina, di Abu Dhabi pada malam Sabtu.

image is not available

JOHOR BAHRU - Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama-sama Pasukan Triple Eight mencatat sejarah apabila meraih kemenangan sulung bagi kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans di litar Yas Marina, Abu Dhabi pada malam Sabtu.

Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan memberitahu, Tunku Abdul Rahman bersama-sama rakan sepasukan Luca Stolz dan Jordan Love mempamerkan pemanduan yang cekap dalam pusingan tersebut.

"Ini termasuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini sepanjang empat jam perlumbaan berlangsung bagi merangkul kemenangan manis itu untuk Triple Eight yang merupakan peserta baharu dalam siri ini," menurut kenyataan tersebut pada Ahad.

Difahamkan, usaha pasukan Triple Eight tidak terhenti hanya dalam perlumbaan keempat kerana pada Ahad mereka akan meneruskan perlumbaan kelima di Abu Dhabi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved