Tunku Panglima Johor Raih Kemenangan Sulung Siri Perlumbaan Asian Le Mans

11 Feb 2024 • 5:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tunku Panglima Johor Raih Kemenangan Sulung Siri Perlumbaan Asian Le Mans

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) — Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim memahat sejarah tersendiri bersama pasukan Triple Eight selepas meraih kemenangan sulung kategori GT dalam perlumbaan pusingan keempat siri Asian Le Mans di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Menerusi kenyataan pasukan Triple Eight, Tunku Abdul Rahman bergandingan bersama Luca Stolz dan Jordan Love mempamerkan pemanduan cekap sepanjang empat jam perlumbaan sekali gus merangkul kemenangan manis buat pasukan itu yang pertama kali menyertai siri berkenaan.

Tunku Abdul Rahman memandu jentera Mercedes AMG GT3 bermula di petak kelima dalam masa sama membuktikan penampilan pasukannya di siri perlumbaan itu bukan sekadar pelengkap apabila menamatkan saingan dengan jayanya.

Tunku Abdul Rahman bersama pasukannya dalam masa sama berjaya mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku ketika perlumbaan tersebut.

Pasukan Triple Eight dijadual meneruskan perlumbaan kelima mereka di Abu Dhabi itu hari ini.

Sumber: BERNAMA