ASICS GEL-KAYANO 30 terbaik untuk pelari, teknologi serba baharu lebih selesa, mudahkan larian

9 Aug 2023 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

GEL-KAYANO 30 terbaik untuk pelari, teknologi serba baharu lebih selesa, mudahkan larian

ASICS memperkenalkan kasut larian GEL-KAYANO 30 terkini yang menampilkan teknologi adaptif serba baharu untuk para pelari dengan kestabilan dan keselesaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Pengarah Global Kasut Larian Prestasi, Alexander (AJ) Andrassy berkata, di samping teknologi 4D Guidance System, inovasi itu antara lain menyokong pemakainya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan respons badan, selain daya permukaan lantai yang dipijak akibat hentakan semasa berlari atau berjalan.

image is not available
image is not available image is not available

GEL-KAYANO 30 turut dilengkapi dengan PureGEL yang dibangunkan khas untuk memberi pendaratan yang lebih lembut, meningkatkan penyerapan hentakan dan peralihan lebih lancar untuk pelari.

“Kasut ini juga menampilkan keselesaan dan kelajuan yang lebih baik melalui gabungan kusyen Eco FF Blast Plus yang ringan dan ketinggian tindanan 4 milimeter,” katanya dalam satu kenyataan.

GEL-KAYANO 30 baharu sudah mula dijual sama ada di kedai fizikal dan secara online bermula pada harga RM699.

image is not available image is not available image is not available