Model Kasut Terbaharu Asics Sempena Ulang Tahun 30 Pasti Menarik Perhatian Anda!

28 Jul 2023 • 6:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gel Kayano dan Gel Kayano edisi 30 direka untuk pergerakan yang lebih selesa - gambar Ironwoodsagencies.co and Asics.com

Terkenal dengan kasut yang mengeluarkan edisi “Teh Tarik” pada tahun lepas, baru-baru ini Asics sekali lagi telah melancarkan koleksi serba baharu mereka sempena ulang tahun ke 30 dan keluaran pada kali ini amat eksklusif serta terhad. 

Jadi kepada pengumpul atau individu yang gemar memakai jenama ini, memperkenalkan siri Asics Gel Kayano, Gel Kayano edisi 30 dan Gel Resolution 9. Sebelum ini, Gel Kayano siri 29 meletakkan tanda aras sebagai sebuah kasut khas buat pemakai yang mementingkan kestabilan di peringkat maksimum untuk semua jenis langkah dan jarak. 

Kali ini Gel Kayano dan Gel Kayano edisi 30 direka untuk pergerakan yang lebih selesa dan stabil dengan mempraktikkan sistem 4D Guidance.

image is not available
Asics menggunakan 4D Guidance System - gambar Ironwoodsagencies.co and Asics.com

Buat yang tidak tahu, 4D Guidance System ini merujuk kepada pergerakan minimum buku lali bersama teknologi Trusstic yang akan mengekalkan kaki anda pada tempat mendarat dengan selamat,  dan membantu pendaratan supaya lebih lancar. Teknologi Guidance Line (meningkatkan kestabilan) dan teknologi DUOMAX pula membantu  mengurangkan tekanan dan meratakan satah kaki.

image is not available
Gel Kayano 30 - Ironwoodsagencies.co and Asics.com

Gel Kayano 30 direka dengan warna asas hitam bersama campuran warna putih biru di bahagian tapak dan warna kuning pada logo huruf A di tepi kasut. Bagi edisi khas dan terhad “Pek Ulang Tahun”,  ia menampilkan warna asas putih serta campuran kuning hitam di bahagian tapak dan logo A. Anda juga boleh memiliki edisi ini warna putih secara keseluruhan.

image is not available
Gel Kayano 30 “Pek Ulang Tahun” - Ironwoodsagencies.co and Asics.com

Jadi, keluaran kali ini menampilkan warna yang cukup tenang dan tidak terlalu fancy. Ia sangat sesuai untuk anda di luar sana yang inginkan tahap fokus yang tinggi ketika berlari atau bersukan. 

image is not available
Asics turut melancarkan kasut tenis Gel Resolution 9 - gambar Ironwoodsagencies.co and Asics.com

Tidak ketinggalan, Asics turut melancarkan kasut tenis Gel Resolution 9 dan edisi ini dihasilkan melalui kerjasama dengan jenama fesyen lelaki terkenal BOSS. Dengan varian warna coklat unta dan hitam, rekaan ini diinspirasikan oleh juara tenis Itali, Matteo Berrettini. Model terbaharu ini menggabungkan teknologi termaju Asics untuk pemain nampak elegen dan moden seperti mana yang diilhamkan BOSS sendiri.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke premis-premis Asics berdekatan dan dapatkan dengan segera. Ini kerana penulis mendapati, sebarang keluaran produk eksklusif dan terhad dari Asics pasti menjadi rebutan ramai sehingga sering kehabisan stok. - Getaran, 28 Julai 2023