ASKfm Akan Ditamatkan Pada 1 Disember 2024 – Platform Memfokuskan Soal-Jawab Berusia Lebih 10 Tahun

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 8:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ASKfm kini memaklumkan para pengguna mereka, mengatakan akan menamatkan perkhidmatan dan platform mereka pada 1 Disember 2024. Platform berusia 10 tahun ini akan ditamatkan disebabkan angka pengguna yang semakin berkurangan, selain permintaannya tidak selari dengan pengguna media sosial hari ini.

Bagi pengguna yang mempunyai akaun di ASKfm, anda diminta untuk menyimpan atau memuat-turunnya sebelum tarikh berkenaan. ASKfm mengatakan mereka akan memadam sepenuhnya semua maklumat pada platform tersebut selepas tarikh tersebut.

ASKfm turut menyatakan terima kasih kepada semua pengguna kerana menyokong platform tersebut selama ini, termasuk yang berani bertanya soalan melalui platform mereka. Mengikut data pada platform tersebut, terdapat lebih 215 juta pengguna berdaftar pada ASKfm, dan sekitar 10,000 soalan ditanya setiap minit melalui platform berkenaan ketika kemuncaknya.