Apple Dijangka Perkenal Integrasi ChatGPT Pada iOS Pada Awal Disember

TechnologyDigital
4 Nov 2024 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bloomberg kini berkongsi mengatakan Apple menjadualkan pengenalan kemaskini iOS 18.2 pada awal Disember 2024 kelak, membolehkan para pengguna menikmati sejumlah kemaskini dan pembaharuan penawaran fungsi kecerdasan buatan janaan Apple Intelligence.

image is not available

Antara ciri yang dijangka hadir bersama iOS 18.2 adalah integrasi ChatGPT, sekaligus membolehkan pengguna iPhone dengan mudah mengakses ChatGPT pada bila-bila masa, dan membantu dalam pelbagai tugasan. Disamping itu, ciri Genmoji yang membolehkan penghasilan emoji khusus turut dijangka hadir bersama iOS 18.2.

Selepas kemaskini iOS 18.2, Apple dijangka menawarkan kemaskini Apple Intelligence yang besar seterusnya melalui iOS 18.4 memfokuskan kepada Siri generasi baharu. Untuk makluman, Apple Intelligence hanya ditawarkan terhad kepada pengguna siri iPhone 16 dan juga siri iPhone 15 Pro sahaja.