Aslam Akhirnya Bersuara, Pernah Mohon Maaf Kepada Abby Abadi Sebelum Ini – “Saya Bersalah Tapi Bukan Tak Bertanggungjawab”

LocalFamily & Parenting
17 Apr 2025 • 5:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aslam akhirnya tampil bersuara selepas ibu mentuanya, Abby Abadi membuat kenyataan dan persoal mengapa dia tidak memohon maaf. Bukan itu sahaja, Abby juga ada berkongsi pandangan tentang isu poligami di media sosial sebelum ini

image is not available 23 hours ago

"Nak Tanggung Diri Sendiri Pun Sedih Apatah Lagi Nak Tanggung Anak Orang.." - Abby Abadi Bersuara Isu Poligami

Kata Aslam, sebelum ini dia sudah memohon maaf secara peribadi kepada Abby Abadi dan dalam hantaran yang ditulisnya itu, Aslam akui dan pertahankan keputusannya untuk berpoligami secara senyap atas sebab tertentu.

Disebabkan ibu mertua saya mungkin ingin saya memohon maaf secara terbuka di publisiti platform media. Dengan rendah hati, disini saya ingin memohon maaf kepada semua pihak terutama ibu mertua saya Abby Abadi.

image is not available

Bagaimanapun, dia tegas mengatakan bahawa dia tidak lepas tangan dan bertanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya, Umisya dan Marissa Dania daripada segi nafkah dan tempat tinggal.

Masing-masing saya jaga mengikut kemampuan dan keperluan mereka. Saya bukan sempurna, tapi saya berusaha berlaku adil.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, Aslam berkata dia menghormati pandangan semua orang tentang poligami namun posting dibuat di media sosial untuk menyindirnya dan keluarga, ia sudah dianggap serangan peribadi dan dia harus bersuara

Saya harap sesiapa yang menyindir itu lebih fokus kepada memperbaiki hubungan keluarga sendiri daripada membuka aib dan mencari simpati awam.

image is not available

image is not available