“Saya Dah Kena Block Oleh Puan Abby Dan Anaknya” – Umisya Mazlan Akhirnya Bersuara, Tak Mahu Campur Urusan Pihak Sana

EntertainmentLifestyle
17 Apr 2025 • 6:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas Aslam, isteri pertamanya, Umisya Mazlan juga turut tampil bersuara dan memberi kenyataan terhadap isu berkaitan dirianya serta madu, Marissa Dania dan ibunya, Abby Abadi.

image is not available 19 hours ago

Aslam Akhirnya Bersuara, Pernah Mohon Maaf Kepada Abby Abadi Sebelum Ini - “Saya Bersalah Tapi Bukan Tak Bertanggungjawab”

image is not available

Tegasnya, dia tidak mahu masuk campur urusan pihak lain namun harus bersuara untuk menegakkan tentang dakwaan berkaitan dirinya yang sama sekali tidak benar.

Jelas Umisya, dia sudah disekat di media sosial oleh Abby dan Marissa dan langsung tidak tahu menahu tentang apa-apa kenyataan melainkan yang dikeluarkan oleh media dan netizen.

Misya tidak tahu langsung tentang apa-apa kenyataan yang dikeluarkan disebabkan Misya telah diblock oleh ibu mertua suami saya dan pihak sana. Malah, Misya sendiri memang tidak berminat untuk masuk campur.

image is not available

image is not available

Umisya juga turut menegaskan dia tidak pernah meminta maaf apatah lagi meminta mana-mana pihak untuk meminta maaf kepadanya.

Ibu kepada 3 anak itu juga menepis dakwaan bahawa dia menumpang populariti dan akui telah menetapkan ruang masing-masing untuk ketenangannya dan pihak sana.

Kalau betul Misya menunggang populariti seperti yang dikatakan. Saya sama sekali akan membuat konten berpegangan tangan bersama madu saya, menjual produk bersama pihak sana dan sebagainya.

image is not available

image is not available