Aslam beri bunga buat isteri pertama, netizen seronok usik Marissa

Entertainment
8 May 2024 • 10:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tindakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan iaitu Ahmad Aslam beri bunga ros kepadanya menimbulkan usikan nakal daripada netizen kepada madunya, Marissa Dania.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Abang Tesla telah memuat naik satu video memaparkan Aslam berjalan ke arah Umisya sambil cuba menyorokkan bunga ros itu daripada isterinya.

Aslam beri bunga kepada Umisya

Sebaik Aslam menghulurkan bunga itu, Umisya membuat lawak bersahaja dan menunjukkan muka terkejut atas pemberian suaminya itu.

Namun begitu, selepas menerima bunga ros itu daripada suaminya, Umisya kemudian tersipu malu sambil tersenyum lalu memegang tangan Aslam.

Umisya nampak gembira Aslam beri bunga

image is not available

Difahamkan, momen manis itu dirakam oleh Abang Tesla ketika Umisya sedang menjalankan sesi fotografi promosi produk di hadapan pusat beli-belah.

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen mengusik isteri kedua Aslam iaitu Marissa dan berkata dia pasti cemburu selepas menonton video tersebut.

Ada yang koyak tapi bukan kertas

image is not available

Marissa nangis bucu katil

image is not available

Marissa block Abang Tesla

image is not available

Nanti dia pun post juga

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang meninggalkan komen berkata melihat kepada riak wajahnya, Aslam kelihatan seperti terpaksa memberikan Umisya bunga.

Kenapa macam muka takde perasaan?

image is not available

Macam terpaksa berlakon

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen meminta agar mereka menjaga hati Marissa kerana dia juga mempunyai perasaan.

Jaga la juga hati Marissa tu

image is not available

Terdahulu, rumah tangga Umisya dan Aslaam goyah atas kehadiran orang ketiga iaitu Marissa dalam perhubungan mereka namun isu tersebut telah diselesaikan.

Namun begitu, timbul pula dakwaan Aslam dan Marissa telah melangsungkan perkahwinan di Songkhla tanpa pengetahuan Umisya.

Tidak lama kemudian, ibu kepada Marissa iaitu pelakon Abby Abadi mengesahkan anaknya telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lepas.

Sumber: TikTok Abang Tesla