“Suami Hanya Beri Ruang..” – Abang Tesla Izin Bini Pertama Ke Umrah Bersama Misya, Beri Peluang Isteri-isteri Pertama ‘Healing’

23 Apr 2024 • 10:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla terlihat menghantar isteri pertamanya, Nurmajdina untuk menunaikan ibadah umrah bersama madu Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan pada hari Isnin.

Dapat tukar pandangan

Menurut Abang Tesla, dia telah memberi keizinan untuk isterinya pergi menunaikan ibadah tersebut bersama rakan-rakan perempuan yang lain. Katanya, ia dapat membuka ruang kepada mereka untuk saling bertukar pendapat dan berkongsi cerita.

Kami biarkan bini-bini nombor satu yang pergi. Sebenarnya mereka perlukan circle untuk lepak bersama berkongsi pandangan.

 

Jadi kami sebagai suami hanya memberi ruang kepada mereka untuk bergaul dengan circle (isteri pertama) pertama.

Abang Tesla jumpa Aslam

Bukan itu sahaja, dalam hantaran lain pula terlihat pempengaruh ini sempat menyapa suami Umisya, Aslam serta memberikan sedikit nasihat sebagai suami yang mempunyai dua isteri.

Saya hanya memberikan nasihat sebagai abang kepada adik. Saya beritahu dia untuk terus kuat kerana bukan semua orang dapat lalui masa-masa sukar seperti ini.

 

Kalau saya cerita lebih pun orang takkan faham jadi cukuplah saya dan Aslam yang tahu apa yang kami bualkan tadi.

Sekadar info, pada Ogos lalu Abang Tesla telah meriah perhatian warganet apabila diketahui sudah berkahwin dua. Namun begitu, difahamkan pernikahan tersebut mendapat restu daripada isteri pertama.

image is not available 2 days ago

Lama Mendiamkan Diri Soal Pernikahan Bersama Aslam, Marissa Dania Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami