Aspek keselamatan sentiasa diutama, elak peristiwa Tanduo berulang: Nizam

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan aspek keselamatan demi memastikan kedaulatan negara sentiasa terjaga dan mengelak insiden Peristiwa Tanduo daripada berulang.

Ini, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dapat dilihat menerusi sokongan Kerajaan Negeri terhadap komitmen Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memantau situasi perbatasan negara dan langkah agresif Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengesan kehadiran pendatang tanpa izin (PTI).

Katanya, sejak menjadi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sudah menyatakan dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan kedaulatan negeri harus dipertahan daripada diganggu-gugat anasir-anasir luar.

“Kita menyokong usaha Esscom, JIM dan pasukan keselamatan lain untuk memastikan mereka yang berada di Sabah adalah yang benar-benar mematuhi peraturan negara kita.

“Kita khuatir jika leka atau lalai, mungkin kita akan menghadapi masalah dengan anasir-anasir luar, bahkan kejadian seperti Peristiwa Tanduo mungkin akan berlaku lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka raya Aidilfitri di kediamannya di Jalan Banyan Drive di sini, pada Sabtu, malam.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri Apas itu turut bersyukur kerana salah satu kampung di kawasannya, iaitu Kampung Indrasabah terpilih sebagai Kampung Angkat Esscom.

“Pemilihan kampung ini yang berhadapan dengan lautan luas berhampiran sempadan menjadi gambaran pihak keselamatan serius menjaga kedaulatan, kemakmuran dan keamanan negara.

“Pada masa sama, kita berharap ketua-ketua, pegawai dan anggota pasukan keselamatan dapat melaksanakan tugas dengan sesungguhnya demi kepentingan negara, negeri, bangsa dan rakyat.

“Rakyat juga diharap dapat memberikan kerjasama jika terdapat perkara yang menimbulkan keraguan terhadap keselamatan kita supaya melaporkan kepada pihak berwajib,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, beliau berharap Ketua Kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, serta pemimpin-pemimpin kampung supaya sentiasa berjaga-jaga.

Lebih-lebih lagi, memastikan kawasan jagaan masing-masing sentiasa dalam keadaan selamat daripada perkara-perkara yang mengganggu-gugat keamanan terutamanya anasir-anasir luar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved