Asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi

4 Jun 2024 • 7:25 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. (Foto ihsan JBPM)

Pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di sini sekali lagi berdepan detik cemas apabila asrama dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.

Insiden itu merupakan kali kedua berlaku selepas bangunan sama, namun tingkat berbeza terbakar pada 12 Mei lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak asrama pada 1.57 pagi.

Sebaik menerima panggilan, beliau berkata, sembilan anggota bomba dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 91.44 meter dan dua pancuran air tangki jentera," katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulhisham kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved