Asrama lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu terbakar lagi

4 Jun 2024 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. Foto JBPM

image is not available
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah bilik di bangunan asrama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu. Foto JBPM

KUALA BERANG - Pelajar lelaki Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu, di sini sekali lagi berdepan detik cemas apabila asrama dihuni mereka terbakar awal pagi tadi.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua berlaku selepas bangunan sama, namun tingkat berbeza terbakar pada 12 Mei lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada pihak asrama pada 1.57 pagi.

Sebaik menerima panggilan, beliau berkata, sembilan anggota bomba dengan dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

**media[2676553]**

"Kejadian melibatkan sebuah bilik asrama di tingkat empat yang terbakar 80 peratus. Operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos sepanjang 91.44 meter dan dua pancuran air tangki jentera," katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulhisham, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala punca dan kerugian sedang disiasat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!