“Assalamualaikum semua” – Ucapan Salam View Chin Di Facebook Undang Tanda Tanya

Entertainment
5 Oct 2023 • 5:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah lama isu ini mendiam, View Chin sekali lagi menjadi tumpuan di media sosial apabila usahawan ini ada muat naik satu foto bersertakan kapsyen ringkas.

Dalam perkongsian itu, View Chin telah memberikan salam dan ia mengundang tanda tanya netizen di Facebook.

image is not available

Assalamualaikum semua,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menjawab salam View Chin sambil bertanyakan sama ada dirinya sudah memeluk agama Islam atau masih belum.

Umumnya, View Chin sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa dia berhasrat untuk mengahwini pekerjanya iaitu Mira atau nama sebenarnya Amirah Firdaus.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan sokongna moral kepada View Chin, seandainya benar dia sudah memeluk Islam.

image is not available

Sebagai rekod, nama View Chin dan Mira pernah dikecam teruk kerana hubungan mereka selepas ia didedahkan oleh bekas isteri View Chin iaitu Amoi yang pada itu masih lagi memegang status sebagai isteri kepada View Chin.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.