“Astagfirullahalazim, Fitnah Apa Ni?” – Didi Astillah Bengang Dituduh Pernah Tidur Bersama Dengan Aliff Aziz

Entertainment
16 May 2024 • 10:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Didi Astillah meluahkan rasa berang apabila dia difitnah pernah menjalinkan hubungan bersama abang iparnya, Aliff Aziz.

Malah, Didi juga difitnah pernah tidur bersama dengan suami kakaknya itu.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berasa terkejut dan kesal dengan tuduhan tidak berasas tersebut.

Astaghfirullahalazim. Fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah dan jadikan artikel.

Difahamkan, terdapat satu akaun Facebook yang memuat naik artikel dengan tajuk fitnah tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam masyarakat.

image is not available

Sumber : user  

Didi kemudiannya menolak tuduhan tersebut dan dengan tegas menafikan segala perkara tidak senonoh yang mengaitkan namanya dengan Aliff Aziz.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 18 hours ago

Kembali Bersama Engku Emran? Ini Jawapan Erra Fazira - "Jika Allah Aturkan Itu Takdirnya.."