
Kota Kinabalu: Usaha Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam mendedahkan mahasiswa kepada perkembangan sastera semasa dan penulisan kreatif patut dipuji dan diberikan sokongan sewajarnya oleh pelbagai pihak, kata Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, Datuk Jasni Matlani.
Beliau berkata, dunia sastera hari ini semakin mencabar dan memerlukan usaha lebih tekal untuk berubah, kerana sastera bukan lagi sekadar imaginasi dan gugusan teori yang mendapat kedudukan istimewa di universiti, tetapi pengalaman kehidupan yang memanusiakan manusia.
Advertisement“Sebab itu, terdapat keperluan untuk usaha pendedahan seperti yang dilakukan oleh ASTiF, kerana ia sangat relevan di tengah-tengah usaha dan iltizam kita hendak mendapat pengiktirafan bagi bandaraya Kota Kinabalu menjadi kota sastera yang diiktiraf oleh Unesco,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program membimbing mahasiswa tahun dua dan tahun akhir ASTiF dalam bidang penulisan cerpen yang semakin mencabar terutama dalam era kecerdasan buatan (AI), di Dewan Mesyuarat Mozart ASTiF, UMS, baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jasni, yang juga Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) berkata, sebelum ini, beberapa siri bengkel penulisan kreatif ASTiF dengan kerjasama Bahasa telah pun diadakan dan didapati amat berkesan serta menepati matlamat pelaksanaannya.
Dalam pada itu, Jasni berkata, pelaksanaan program bengkel penulisan seumpamanya, bukan sahaja mengabsahkan peranan universiti dalam melahirkan generasi pelapis yang berwibawa dalam bidang penulisan di Sabah, tetapi juga membantu menepati kehendak bandaraya Kota Kinabalu untuk diiktiraf sebagai kota sastera oleh Unesco.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita sudah pun dalam proses mengajukan permohonan kepada Unesco untuk menjadi kota sastera dunia, dan peranan universiti amat relatif dalam hal ini, selain peranan agensi lain seperti Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan, KDCA dan juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sastera, dalam memperkasa minat menulis dan budaya membaca kepada khalayak umum dan generasi muda, khasnya di negeri ini,” katanya.
Jasni turut berharap program seumpama itu terus dilaksanakan dengan melibatkan institusi pendidikan tinggi, kolej dan sekolah menengah di Sabah, khasnya di Kota Kinabalu.


