AstraZeneca Menarik Semula Vaksin Covid-19 Kerana Permintaan Berkurangan

WorldTechnologyDigitalSpace
8 May 2024 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AstraZeneca telah menarik semula semua vaksin Covid-19 yang dikeluarkan oleh mereka berikut kurangnya permintaan di peringkat global. Mareka turut menarik semula kebenaran memasarkan vaksin Vaxzevria ini di Eropah.

image is not available

Dalam kenyataan yang diberikan kepada Reuters, AstraZenece berkata pasaran kini dipenuhi banyak vaksin Covid-19 yang lebih terkini menyebabkan Vaxzevria tidak lagi diperlukan. Malahan mereka tidak lagi mengeluarkan dan membekalkan vaksin ini atas sebab yang sama.

Permohonan untuk menarik semula Vaxzevria difailkan pada 5 Mac dan hanya mula berkuat kuasa semalam. Penarikannya tiba selepas AstraZeneca mengakui di mahkamah vaksin Covid-19 mereka menyebabkan pengurangan platelet dalam darah dan menimbulkan isu darah beku dalam kes-kes terpencil.