Astro tidak ketinggalan dalam memeriahkan suasana sambutan hari raya nanti dengan menyediakan lebih 180 program menarik.

Ianya terdiri daripada pelbagai genre seperti telefilem, hiburan, bual bicara, drama tempatan, gaya hidup, kanak-kanak dan banyak lagi. Kesemua program ini boleh ditonton bermula malam raya melalui platform Astro yang termasuk televisyen, radio dan ruang digital.

Dalam pada itu, Astro turut meneruskan tradisi dengan menyediakan iklan komersial bersempena hari raya yang bertajuk ‘Ada Apa Dengan Masa’. Iklan berdurasi 5 minit itu mengisahkan tentang seorang bapa yang merindui anak-anak disaat masing-masing sibuk dengan urusan kerja.

Ia turut menampilkan barisan pelakon tempatan popular seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Nas-T, Keanu Azman dan banyak lagi. Ia ditayangkan bermula hari ini melalui televisyen dan ruang digital Astro.

Selain itu turut diadakan majlis berbuka puasa bersama meria dan selebriti tempatan yang memeriahkan pengenalan program ini.
Astro turut menyediakan hal yang menarik buat pengguna seperti pemberian sampil raya eksklusif yang boleh ditebus melalui aplikasi MyAstro.
Seterusnya pengguna juga boleh muat-turun pelekat Raya Astro untuk dikongsikan bersama keluarga dan tersayang.


