Astro Awani Memperkenalkan Penyampai Berasaskan AI, Dinamakan Joon Dan Monica

TechnologyDigital
10 May 2023 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelbagai syarikat mula bereksperimen dengan penggunaan kecerdasan buatan dalam memudahkan tugasan harian, dan juga operasi syarikat. Terbaru, Astro melalui saluran Astro Awani turut bereksperimen dengan AI, dan telah mula menguji penyampai berasaskan kecerdasan buatan mereka tersendiri, dinamkaan Joon dan juga Monica.

image is not available

Joon hadir dengan wajah seumpama lelaki Korea, dan menyampaikan dalam bahasa Malaysia pada perkongsian yang julung kali adanya. Ia turut disatukan dengan penggunaan penjanaan suara berasaskan kecerdasan buatan dalam bahasa Malaysia.

Penggunaan imej, mimik wajah, dan gerakan mulut diselarikan bersama penggunaan suara – sekaligus membolehkan penyampai berasaskan kecerdasan buatan ini dihasilkan. Selain Joon, Astro Awani juga hadir dengan penggunaan penyampai wanita seumpama orang barat, dinamakan Monica. Eksperimen ini boleh dikatakan masih awal, dan tidak mustahil dalam beberapa minggu atau bulan lagi kita akan dapat melihat penyampai berasaskan AI yang direka dengan wajah lebih menyerupai warga tempatan.

image is not available

Buat masa ini, pihak Astro Awani menyatakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan ini bukan bertujuan untuk menggantikan bakat-bakat penyampai, sebaliknya menggunakan teknologi dalam terus menambah-baik dan menguatkan kualiti produk yang dihasilkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved