
Kota Kinabalu: Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud menggesa rakyat Sabah supaya tidak takut dengan revolusi kecerdasan buatan (AI), sebaliknya takut ketinggalan lebih jauh dalam perlumbaan teknologi.
“AI tidak dapat menggantikan sepenuhnya pekerjaan manusia kerana ia memerlukan pengendali. Kementerian melalui Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) kini melengkapkan pelajar kita dengan kemahiran yang diperlukan untuk menceburi pelbagai sektor berteraskan AI.
“Di Sabah, kesedaran tentang AI masih rendah dan sempit. Kita masih mundur dalam penggunaan dan pelaksanaannya.



