Astro Berhenti Jualan Dan Pendaftaran Astro Fibre Baharu Berkuat-kuasa 1 Februari 2026

LocalTechnology
13 Jan 2026 • 6:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dalam langkah mengejut, kini Astro melalui laman rasmi menyatakan akan menghentikan jualan baharu dan juga pendaftaran pelanggan untuk Astro Fibre berkuat-kuasa 1 Februari 2026, sehingga ke suatu tarikh kelak. Astro menyatakan langkah ini diambil selepas melakukan semakan strategik untuk perniagaan mereka.

Astro menekankan yang mana untuk pelanggan sedia ada dan untuk yang mendaftar sebelum 1 Februari 2026, mereka akan terus menawarkan perkhidmatan penuh, termasuk sokongan khidmat pelanggan seperti biasa. 

Dengan langkah ini, ia tidak diketahui sama ada Astro akan kembali ke perniagaan internet jalur-lebar ini atau sebaliknya. Sebelum ini, Astro menawarkan berkas langganan internet dan juga akses kandungan mereka pada harga bermula RM139.99 sebulan untuk internet 500Mbps bersama berkas kandungan.