Rayuan STR boleh dilakukan jika permohonan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) anda berstatus TIDAK LULUS / TIDAK LAYAK.
Rayuan STR bagi kelayakan Fasa 3 boleh dilakukan sebelum tarikh tutup, 30 JUN 2026. Semakan dan rayuan STR boleh dilakukan melalui pautan Portal Rasmi STR.
Untuk penerima STR yang dah LULUS, tapi nak kemaskini maklumat seperti kahwin / cerai, pendapatan, tambah anak dan sebagainya, anda juga boleh buat rayuan bermula April – Jun 2026 untuk kelayakan STR Fasa 3.
Untuk makluman, Sumbangan Tunai Rahmah 2026 Fasa 2 telah mula disalurkan bermula secara berperingkat untuk penerima sedia ada bermula 10 Mac 2026 dan untuk penerima baharu rayuan bermula 30 Mac 2026.
Permohonan untuk STR Fasa 3 kepada warganegara Malaysia yang menepai syarat. Bayaran untuk STR Fasa 3 akan dikemaskini kelak. Rujuk: Permohonan STR 2026 Fasa 3 (Sumbangan Tunai Rahmah).
Rujuk cara semak status STR, rayuan STR untuk kelayakan fasa 3, maksud status STR dan info lain yang berkaitan dalam perkongsian di bawah.
Ringkasan Rayuan STR 2026
- Permohonan rayuan semula boleh dilakukan melalui portal rasmi STR 2026 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my > Log Masuk > no kad pengenalan dan kata laluan > borang rayuan.
- Kemas kini / permohonan rayuan sebelum 30 Jun 2026 bagi kelayakan fasa 3.
- Permohonan STR yang berstatus Tidak Lulus boleh kemukakan rayuan mengikut Kod Alasan.
- Sila rujuk soalan lazim permohonan STR 2026 dipautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/…/FAQ%20PERMOHONAN… (rujuk m/s 8-23)

Apa Itu Rayuan STR?
Rayuan STR merujuk kepada proses rayuan untuk semakan semula bagi kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu bantuan tunai daripada kerajaan Malaysia yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Proses rayuan dibuka khusus bagi pemohon STR yang permohonan asal mereka ditolak, tidak layak atau berstatus “Tidak Lulus”.
Ini adalah untuk membolehkan mereka mengemaskini maklumat dan mengemukakan dokumen sokongan untuk disemak semula.
Siapa yang Boleh Buat Rayuan STR?
Rayuan STR boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) asal mereka berstatus “Tidak Lulus” atau “Tidak Layak”.


Cara Semak Status STR 2026
Sebelum membuat rayuan, anda boleh semak status permohonan STR 2026 anda melalui beberapa kaedah rasmi seperti di bawah:
- KAEDAH 1: Portal Rasmi STR. Layari Portal Rasmi STR, log masuk ke akaun MySTR menggunakan nombor MyKad dan kata laluan, kemudian pilih menu “Semakan Status”. Status permohonan akan dipaparkan sama ada “Lulus”, “Tidak Lulus”, atau “Dalam Proses”.
- KAEDAH 2: Pejabat LHDNM. Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berdekatan untuk semakan secara manual
- KAEDAH 3: Hotline BKK. Hubungi 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang).
- KAEDAH 4: Hotline MOF. Hubungi 03-8882 4565 / 4566 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Atau, rujuk gambar di bawah:



Bayaran STR FASA 2 2026
Pembayaran STR 2026 Fasa 2 bagi Penerima Sedia Ada STR 2026 adalah seperti perincian berikut:
- Penerima sedia ada: mulai 10 Mac 2026 secara berperingkat.
- Penerima baru rayuan: – mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat.
Penerima bayaran STR 2026 Fasa 2 merujuk kepada permohonan STR 2026 yang berstatus Lulus.
Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2026 Fasa 1, tarikh semakan status dan pembayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Maksud Status STR 2026
Status STR merujuk kepada status permohonan dan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026.
Setelah anda membuat semakan dan mendapati permohonan anda berstatus LULUS, anda layak menerima bantuan tersebut.
Namun, sekiranya permohonan anda TIDAK LULUS atau TIDAK LAYAK, anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan bagi mempertimbangkan semula kelayakan anda.
Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2025 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2026:
MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA
Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2026.
MAKSUD STATUS LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
MAKSUD STATUS TIDAK LULUS
Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
APA PERLU BUAT JIKA STR 2026 TIDAK LULUS?
Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2026
Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Dalam perkongsian di media sosial, rata-rata orang awam berkongsi bahawa pihak LHDN mempunyai rekod yang sangat terperinci melibatkan maklumat pendapatan, kenderaan, perniagaan, bil utiliti serta harta pemohon.
Hal inj memberi gambaran bahawa proses penilaian STR 2026 berkemungkinan dilaksanakan dengan lebih teliti dan ketat berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Langkah Selepas Status Tidak Lulus
Apa Perlu Dilakukan Sekiranya Status STR TIDAK LULUS/TIDAK LAYAK:
1.Sediakan Dokumen Sokongan:
Pastikan semua dokumen berkaitan dikemaskini dan lengkap bagi menyokong permohonan rayuan anda.
2. Semak Alasan Tidak Lulus:
Alasan tidak lulus boleh disemak di portal MySTR pada bahagian “Semakan Status”. Setiap permohonan yang tidak lulus akan diberikan kod atau sebab penolakan tertentu.

3. Permohonan Rayuan:
Pemohon yang berstatus “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan dalam tempoh yang akan diumumkan secara rasmi. Rayuan boleh dibuat secara online melalui portal STR atau secara manual di pejabat LHDNM dengan mengemukakan borang dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Tarikh Bayaran Permohonan Baru & Rayuan STR Fasa 3 2026
Rayuan STR memberi peluang kedua kepada pemohon untuk mengemukakan maklumat terkini atau dokumen sokongan tambahan bagi membuktikan kelayakan mereka.
Permohonan Rayuan STR dibuka khusus untuk pemohon yang menerima status “Tidak Lulus” atau permohonan ditolak bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Rayuan akan dibuka mulai 16 Februari sehingga 30 Jun2026.
Sementara itu, bagi penerima STR yang menerima status LULUS, tetapi ingin membuat kemaskini status atau perubahan maklumat pendapatan atau penambahan maklumat anak, permohonan rayuan ini akan dibuka mulai April – Jun 2026.
Pembayaran dan semakan status untuk Permohonan Baharu serta Rayuan STR 2026 disalurkan bermula pada 30 Mac 2026 secara berperingkat.
Menurut makluman rasmi, permohonan rayuan yang dibuat dalam tempoh 16 Februari sehingga 30 Jun 2026 ini akan diproses pada Fasa 3.

Cara Buat Rayuan STR
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal rasmi STR.
- Log masuk ke akaun MySTR anda menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Pilih menu “Permohonan Rayuan” apabila tempoh rayuan dibuka.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen sokongan yang relevan.
Secara Manual di Kaunter LHDNM:
- Hadir ke mana-mana cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Dapatkan borang Permohonan Rayuan STR 2025 (BK-01) secara percuma di kaunter atau muat turun dari portal rasmi STR.
- Isi borang dengan lengkap dan sediakan dokumen sokongan.
- Serahkan borang dan dokumen di kaunter. Penghantaran melalui e-mel tidak diterima
NOTA:
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2026 secara dalam talian boleh dibuat oleh semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus, kecuali bagi permohonan yang berstatus Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara. Permohonan rayuan bagi Kod Duplikasi dan Kod 32 hanya boleh dibuat secara manual di kaunter LHDNM.
- Kod Duplikasi: Merujuk kepada permohonan yang didapati berganda (lebih daripada satu permohonan atas nama sama).
- Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara: Merujuk kepada permohonan yang dibuat dari luar Malaysia.

Dokumen Diperlukan
Berikut ialah alasan Tidak Lulus STR dan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR:







Maklumat Lanjut
Untuk sebarang bantuan lanjut, sila hubungi Pejabat LHDNM yang berdekatan anda.
Atau, layari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah(STR) .
Soalan Lazim – Kemaskini Permohonan STR 2026




Pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Permohonan STR adalah bagi membenarkan Permohonan STR yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
i. No. Telefon Rumah
ii. No. Telefon Bimbit
iii. Maklumat Alamat Surat Menyurat
iv. Alamat e-Mel
v. Maklumat No Telefon Pasangan
vi. Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
vii. Maklumat Waris
Kemas kini maklumat Permohonan STR bagi kelayakan fasa 2 boleh dilakukan bermula 12 Januari 2026 hingga 13 Februari 2026.
Bagaimanakah kaedah untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR?Kemas kini maklumat Permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:
i. Secara dalam talian di Portal Rasmi STR LHDNM;atau
ii. Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Anda adalah digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR boleh didapati melalui:
i. Portal Rasmi STR LHDNM ; atau
ii. Boleh didapati di Pejabat HASiL / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Sekiranya permohonan berstatus lulus dan anda ingin mengemas kini maklumat waris (maklumat asas), anda perlu Log Masuk MySTR dan klik menu Perubahan Maklumat Asas.
Saya adalah pemohon dan tidak mendaftarkan maklumat akaun bank pemohon dan pasangan semasa tempoh pendaftaran STR, adakah saya boleh menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemas kini maklumat dibuka?Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2026.
Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
Kemas kini maklumat akaun bank penerima dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit. Akan tetapi penerima hanya boleh menukar maklumat bank sedia ada ke maklumat akaun bank baharu penerima sahaja. Penukaran bayaran secara akaun bank ke bayaran tunai adalah tidak dibenarkan.
Kaedah pembayaran STR saya adalah secara kredit ke akaun bank pasangan semasa fasa pembayaran sebelumnya. Sekiranya status akaun bank tersebut adalah tidak aktif sebelum pembayaran fasa seterusnya bermula, adakah saya boleh membuat kemas kini maklumat akaun bank pasangan saya?Kemas kini maklumat akaun bank pasangan hanya dibenarkan sekiranya status bayaran STR semasa fasa pembayaran sebelumnya adalah:
i. Gagal Kredit; atau
ii. Tunai
Bagi Permohonan STR 2026 berstatus Lulus dan telah mengemukakan Permohonan Rayuan Tambahan, maklumat Permohonan STR pemohon tidak boleh dikemas kini pada menu Kemas Kini Maklumat Permohonan.
Saya merupakan waris baharu yang ingin mengemas kini maklumat waris disebabkan waris yang berdaftar pada borang STR telah uzur / sakit / berada di dalam penjara. Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat waris bagi pihak pemohon yang telah meninggal dunia?Pengemaskinian maklumat waris bagi pemohon yang telah meninggal dunia perlu dilakukan di Pejabat HASiL berdekatan. Waris baharu perlu melengkapkan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan dan sertakan dokumen seperti di bawah:
i. Kad pengenalan (asal) waris;
ii. Sijil Kematian (asal / salinan) Pemohon; dan
iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Waris yang layak didaftarkan terhad kepada maklumat Pasangan / Anak yang wujud dalam Permohonan STR 2026 sahaja. Bagi permohonan STR 2026 yang tidak mempunyai maklumat pasangan, anak dan waris dalam rekod permohonan semasa, pendaftaran maklumat waris adalah tidak dibenarkan.
Permohonan Fasa 1 saya berstatus Lulus dan saya telah bercerai pada bulan Januari 2026. Adakah saya boleh mengemas kini permohonan STR saya dengan status perkahwinan terkini pada bulan Januari 2026?Tidak. Bagi permohonan lulus Fasa 1, permohonan rayuan yang melibatkan perubahan status perkahwinan, perubahan maklumat anak dan perubahan jumlah pendapatan isi rumah hanya dibenarkan mulai Fasa 3 bagi pertimbangan kelayakan Fasa 3.
Pemohon yang berstatus lulus boleh mengemas kini maklumat asas permohonan sepanjang tahun.
Ya, setiap permohonan STR yang diterima akan diproses dan disemak kelayakan STR.
Permohonan yang dilakukan pada Fasa 2 tetapi wujud pertindihan maklumat dengan permohonan lulus Fasa 1, permohonan anda akan ditolak dengan kod alasan duplikasi permohonan disebabkan maklumat pasangan tersebut telah wujud dalam permohonan Fasa 1. Kemas kini perubahan status perkahwinan terhadap permohonan yang telah lulus berkenaan hanya dibenarkan mulai tempoh permohonan / pengemaskinian bagi kelayakan Fasa 3.
Oleh itu, anda perlu kemukakan semula Permohonan Rayuan STR mulai Fasa 3.
Sebarang permohonan yang telah lulus Fasa 1, tidak dibenarkan untuk mengemas kini maklumat tanggungan. Permohonan kemas kini penambahan tanggungan hanya boleh dilakukan semula mulai Fasa 3 bagi pertimbangan kelayakan Fasa 3.
Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan setiap 3 tahun sekiranya tiada perubahan maklumat pada permohonan sedia ada?Pemohon perlu membuat kemas kini permohonan STR setiap 3 tahun. Sekiranya tiada perubahan maklumat, pemohon boleh mengesahkan permohonan sedia ada secara dalam talian dengan klik butang “hantar” atau hadir ke lokaliti berhampiran.
Soalan Lazim – Status TIDAK LULUS STR 2026 & Rayuan
Bilakah permohonan Semakan Semula (Rayuan) boleh dilakukan?Permohonan Semakan Semula boleh dilakukan sepanjang tahun setelah keputusan permohonan dipaparkan.
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2026?Rayuan STR 2026 hanya untuk pemohon yang telah memohon STR 2025 tetapi menerima keputusan “Tidak Lulus”.
Pemohon perlu membuat rayuan dalam tempoh yang diumumkan dan mengemukakan dokumen sokongan jika diperlukan.
Jika permohonan tidak wujud dalam sistem, pemohon perlu membuat permohonan baharu, bukan rayuan
Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Semakan Semula.
Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my
Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR.
Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR 2026 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai LHDNM. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai LHDNM, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat LHDNM.
Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2026?Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya Tidak Lulus kerana maklumat pengenalan Pasangan / Anak berbeza dengan data agensi melibatkan maklumat Pengenalan. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2026?Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan bagi pengesahan pengenalan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Walau bagaimanapun sekiranya maklumat Nombor Pengenalan Pasangan / Anak yang sebenar tidak sama pada maklumat Borang Permohonan STR 2025 dokumen pengenalan Pasangan / Anak seperti di bawah perlu dikemukakan bagi tujuan pengesahan.
a. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan:
i. MyKad
ii. MyPR
b. Dokumen asal / salinan pengenalan Pasangan
i. MyKad / MyKid Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)
Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Permohonan STR saya berstatus tidak lulus disebabkan kod alasan pendapatan dan saya tidak mengemukakan permohonan rayuan. Adakah permohonan STR saya akan diproses bagi semakan kelayakan?Ya, semua permohonan STR yang berstatus tidak lulus disebabkan kod alasan pendapatan akan diproses pada Fasa seterusnya secara automatik bedasarkan data agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Adakah saya perlu mengemukakan dokumen maklumat perniagaan pemohon / pasangan agar Permohonan Rayuan STR 2026 saya dipertimbangkan?Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan perniagaan bagi pemohon di Semenanjung. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Bagi pemohon Sabah dan Sarawak perlu kemukakan Dokumen Tamat Perniagaan sehingga tarikh semasa.
Saya merupakan Pemegang Saham tetapi syarikat berkenaan berstatus tidak aktif. Saya juga sudah tidak berhubung dengan Pengarah Syarikat berkenaan. Adakah saya layak untuk membuat Permohonan Rayuan STR 2026?Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan status terkini syarikat akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2026 saya Tidak Lulus kerana memiliki perniagaan. Perniagaan saya dijalankan oleh anak saya. Apakah dokumen yang boleh dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR?Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2026 saya Tidak Lulus berkenaan status pemilikan kenderaan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Sekiranya kenderaan tersebut diperolehi hasil daripada cabutan bertuah / hadiah daripada peraduan / majikan, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh Permohonan Rayuan STR?Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Permohonan STR 2026 saya Tidak Lulus disebabkan memiliki kenderaan melebihi kelayakan tetapi kenderaan tersebut telah hilang / dicuri dan laporan polis juga telah dibuat, adakah saya perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa tempoh Permohonan Rayuan STR?Sebarang pengemukaan dokumen sokongan adalah tidak diperlukan. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Saya Tidak Lulus disebabkan pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan golongan berpendapatan rendah (B40). Apakah kriteria bagi kenderaan tersebut?Kriteria pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40) adalah seperti berikut:
a. Memiliki kenderaan mewah dan tahun buatan kurang daripada 10 tahun;
b. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 3 buah dan tahun buatan kurang daripada 15 tahun;
c. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) melebihi 5 buah kereta dan tidak mengambil kira tahun buatan;
d. Memiliki kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 2,000 cc dan tahun buatan kurang 10 tahun;
e. Data pemilikan kenderaan (tidak termasuk motosikal) yang berkapasiti enjin melebihi 1,600 cc dan tahun buatan kurang daripada 5 tahun;
f. Data pemilikan motosikal yang berkapasiti enjin melebihi 300 cc dan tahun buatan kurang 5 tahun; g. Data pemilikan motosikal melebihi 7 buah motosikal dan tahun buatan kurang 10 tahun;
h. Data pemilikan kenderaan bagi bahan bakar hibrid berumur kurang 3 tahun;
i. Data pemilikan kenderaan (kecuali motosikal) bagi bahan bakar elektrik dan tidak mengambil kira tahun buatan.
Tidak. Semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan
Saya Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang. Apakah kriteria bagi alasan Tidak Lulus tersebut?Kriteria bagi permohonan Tidak Lulus kerana tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang adalah seperti berikut:
a. Pemohon bujang berumur 20 tahun dan ke bawah atau pemohon bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun dan ke bawah; atau
b. Tiada data di Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebagai OKU bagi pemohon yang berumur 19 tahun – 20 tahun; atau
c. Pemohon wujud sebagai pelajar sepenuh masa
Anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR sekiranya berumur 21 tahun dan ke atas atau 19 tahun dan ke atas bagi pemohon berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF); atau dokumen pembuktian yang boleh dikemukakan adalah seperti berikut:
a. Salinan Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon yang berumur 19 tahun dan ke atas
b. Dokumen pembuktian tamat belajar bagi tahun 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas; atau
c. Dokumen pembuktian Belajar Separuh Masa bagi sesi 2023 / 2024 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Tidak. Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Sekiranya anda merupakan pelajar bagi mod pengajian separuh masa, anda boleh membuat Permohonan Rayuan STR dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar separuh masa bagi sesi 2025 / 2026 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas.
Sekiranya Permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus kerana Pemohon / Pasangan wujud di permohonan lain, adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan STR secara Dalam Talian?Tidak. Permohonan Rayuan STR secara Dalam Talian tidak dibenarkan bagi alasan tidak lulus tersebut
Saya Tidak Lulus kerana semakan rekod agensi mendapati pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan. Apakah kriteria pemilikan kediaman bagi kod alasan tersebut?Kriteria had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Wujud 3 atau lebih kediaman berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan; atau
b. Wujud 6 atau lebih kediaman Kampung House berdasarkan semakan akaun bil elektrik dengan agensi Kerajaan berkaitan.
Dokumen pembuktian yang perlu dikemukakan oleh anda adalah perjanjian sewa rumah. Anda perlu mengemukakan dokumen pindah milik / penjualan rumah / cukai tanah / cukai pintu sekiranya berkenaan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
Saya telah Lulus Permohonan STR dengan pendapatan Isi Rumah melebihi RM2,501, walau bagaimanapun pasangan saya telah berhenti kerja. Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi perubahan pendapatan?Ya. Anda dibenarkan untuk membuat Permohonan Rayuan Tambahan disebabkan berlaku perubahan pendapatan Isi Rumah. Dokumen pembuktian pendapatan pemohon / pasangan adalah tidak diperlukan. Semakan pendapatan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.
Saya telah Lulus Permohonan STR 2026 tetapi maklumat anak saya adalah tidak layak kerana tidak melepasi syarat kelayakan umur lebih dari 19 tahun sebagai pelajar sepenuh masa sedangkan anak saya masih lagi belajar. Adakah saya masih boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi mengekalkan maklumat anak tersebut?Ya. Rayuan Tambahan STR boleh dilakukan dengan mengemukakan dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2025 / 2026.
Permohonan STR saya telah Lulus, walau bagaimanapun maklumat anak saya tidak layak kerana anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi. Adakah saya masih boleh membuat Permohonan Rayuan Tambahan bagi anak tersebut sekiranya beliau tidak lagi bekerja?Ya. Rayuan Tambahan boleh dilakukan tanpa sebarang dokumen pembuktian, semakan akan dilakukan terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Soalan Lazim Rayuan STR
Bila bayaran STR Rayuan 2026 akan dikreditkan?Tarikh rasmi bayaran STR Rayuan 2026 boleh diumumkan. Kami akan mengemaskini maklumat selepas diumumkan kelak.
Bila STR masuk 2026?Tarikh jadual STR 2026 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2026 adalah :
Fasa 1 : 20 Januari 2026.
Fasa 2 : 10 Mac 2026 (penerima sedia ada), 30 Mac 2026 (penerima baharu dan rayuan)
Fasa 3 : Akan dikemaskini
Fasa 4 : Akan dikemaskini
1. Log masuk ke portal STR dengan nombor MyKad anda dan kata laluan.
2. Pergi ke menu “Semakan Permohonan” atau “Status Rayuan”.
Permohonan STR anda tidak lulus mungkin kerana beberapa sebab seperti tidak memenuhi syarat penerima, maklumat tidak dikemaskini, atau tiada data pembayar cukai di LHDN. Alasan tidak lulus akan dinyatakan dalam permohonan.
Siapa boleh buat rayuan?Anda boleh mohon rayuan STR jika:
– Status permohonan anda berstatus “Tidak Lulus”.
– Anda telah kemas kini maklumat yang relevan (contoh: pendapatan, bilangan anak, status perkahwinan) yang mungkin mempengaruhi kelayakan.
– Pastikan anda masih dalam kategori kelayakan (contoh pendapatan isi rumah, bujang, warga emas tiada pasangan).
Bagi yang berstatus TIDAK LULUS : Rayuan dibuka mulai 16 Februari sehingga 30 Jun 2026 untuk kelayakan STR Fasa 3.
Baca juga:




![Talk to My Manager 2 [LIVE] – Markah Keputusan Minggu 8](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://ecentral.my/wp-content/uploads/2026/04/talk-to-my-manager-2-3-1024x683.jpg)
