Astro hilang hak siaran Piala Dunia FIFA selepas 20 tahun

LocalFootball
6 May 2026 • 6:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Astro hilang hak siaran Piala Dunia FIFA selepas 20 tahun Image from: Astro hilang hak siaran Piala Dunia FIFA selepas 20 tahun johardy06/05/2026 - 18:30 Temasya Piala Dunia 2022 di Qatar menjadi siri terakhir Astro dapat menjadi penyiar rasmi. Oleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pengendali televisyen berbayar, Astro Malaysia Holdings Bhd (KL:ASTRO) mengesahkan bahawa syarikat itu tidak lagi menjadi penyiar utama bagi Piala Dunia FIFA akan datang, sekali gus menamatkan tempoh 20 tahun berturut-turut sebagai penyiar utama kejohanan tersebut di Malaysia.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, Astro berkata tawaran “adil dan berdaya saing” yang dikemukakan bagi mendapatkan hak penyiaran telah ditolak oleh FIFA.

 

Bagaimanapun, syarikat itu memaklumkan ia sedang berbincang dengan pemegang hak siaran bagi meneroka peluang supaya perlawanan Piala Dunia FIFA masih boleh disiarkan melalui platformnya, iaitu Astro, NJOI (perkhidmatan percuma ke udara) dan Sooka, aplikasi penstriman over-the-top (OTT) miliknya.

 

“Ini akan meningkatkan jangkauan dan kebolehcapaian kepada berjuta-juta rakyat Malaysia di rumah, premis perniagaan dan juga melalui peranti mudah alih,” menurut kenyataan itu.

 

Sementara itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV telah dipilih sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia sebagai usaha kerajaan memastikan orang ramai dapat menikmati kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.

 

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi memastikan kualiti penyiaran yang tinggi serta capaian lebih meluas kepada penonton di seluruh negara.

 

Beliau berkata kejohanan itu akan disiarkan melalui pelbagai platform termasuk siaran percuma menerusi MyTV serta platform penstriman over-the-top (OTT) RTM Klik dan Unifi TV.

 

“Liputan menyeluruh melibatkan kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.

 

"Ini memberi pelbagai pilihan tontonan kepada peminat,” katanya pada sidang media mingguan di Angkasapuri pada Rabu. - DagangNews.com

Terkini standard