Astro kini hadir dengan promosi khas untuk para pelanggan Astro, membolehkan mereka melanggan kepada Viu Premium pada harga RM4.99 sebulan untuk 3 bulan pertama, berbanding harga biasa RM14.90 sebulan. Dengan tawaran ini, para pelanggan Astro sedia ada boleh menambah perkhidmatan penstriman Viu dibawah langganan mereka, dan menikmati sejumlah rancangan yang ditawarkan melalui Viu.

Disamping promosi ini, Astro turut berkongsi mengatakan bermula 1 November 2024, mereka akan menambah dua lagi saluran baharu. Saluran Blippi and Friends (Saluran 619) akan diperkenalkan dalam Kids Pack tanpa sebarang bayaran tambahan. Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran ini secara percuma bermula 1 November sehingga 31 Januari 2025.

Pada masa yang sama, semua pelanggan Astro turut boleh menikmati saluran Oppa Mania (Saluran 100) bermula 1-30 November 2024, dengan fokus kepada kandungan drama Korea dan Thailand.

Astro juga menambah satu lagi servis penstriman dibawah mereka, iaitu Simply South yang menawarkan kandungan Tamil, Telugu dan Malayalam pada harga RM10 sebulan untuk pelanggan Astro, berbanding harga biasa RM14.90 sebulan.


