iPhone 16 Boleh Didapati Dengan Potongan RM399 Sempena 10.10

TechnologyDigital
10 Oct 2024 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kurang sebulan mula dijual, kini nampaknya para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPhone 16, boleh mendapatkan telefon pintar terbaru Apple berkenaan pada harga potongan, mencapai RM399.90. Ini sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan iPhone 16 pada harga bermula RM3599.10.

Diskaun ini ditawarkan melalui TikTok Shop, bersempena dengan jualan 10.10. Sebelum ini, jarang produk baharu Apple ditawarkan dibawah promosi dalam usaha menjaga harga – apatah lagi produk yang kurang sebulan mula dijual.

image is not available

Siri iPhone 16 adalah siri terbaru oleh Apple, hadir dengan beberapa pembaharuan, termasuk cip pemprosesan A18 serta sebuah butang kawalan kamera pada bahagian tepi untuk memudahkan rakaman. iPhone 16 juga bakal disokong dengan Apple Intelligence, dimana kemaskini berkenaan dijangka hadir pada penghujung bulan ini kelak.

Bagi anda yang berhasrat mendapatkan peranti berkenaan, boleh menyemak penawaran promosi di TikTok Shop dan Shopee, sekaligus mendapatkan peranti berkenaan pada harga lebih rendah berbanding kebiasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved