Astro Sambut Ulang-Tahun Ke-30 – Beri Akses Percuma Kepada Semua Saluran Untuk Pelanggan Sedia Ada Selama Sebulan

LocalSales & Promo
13 Aug 2026 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro Sambut Ulang-Tahun Ke-30 – Beri Akses Percuma Kepada Semua Saluran Untuk Pelanggan Sedia Ada Selama Sebulan

Astro telah memulakan operasi secara rasmi pada 1996 yang lepas, dan tahun ini mereka menyambut ulang tahun ke-30 secara rasminya. Perkhidmatan yang dimulakan dengan 20 saluran pada mulanya, kini mempunyai sekitar 157 saluran, selain turut ditawarkan bersama akses kepada 13 perkhidmatan penstriman video yang lain.

Bersempena dengan ulang-tahun ke-30 ini, Astro turut hadir dengan hadiah khas untuk para pelanggan Astro, dimana semua pelanggan Astro akan menikmati akses kepada semua saluran Astro bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September. Tidak setakat itu, dua saluran tambahan juga ditawarkan, iaitu Astro 30 dan juga Aniplus.

Astro 30 ditawarkan bermula 15 Ogos sehingga 31 Oktober 2026 yang akan membawakan pelbagai siri popular antarabangsa, filem, konsert dan juga program kegemaran ramai. Sementara Aniplus pula akan tersedia bermula 15 Ogos sehingga 31 Disember 2026 yang memberikan akses kepada siri anime dari Jepun.

Tidak setakat itu, kini Astro turut menambah 4 lagi saluran untuk akses percuma bagi pengguna NJOI, iaitu saluran Astro Prima, Astro Oasis, Astro AEC dan Stadium Astro – sekaligus membolehkan pelanggan NJOI menikmati sehingga 26 saluran percuma melalui perkhidmatan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved