Amazon Akan Latih AI Guna Kandungan Di Twitch

TechnologyGaming
13 Aug 2026 • 8:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon Akan Latih AI Guna Kandungan Di Twitch

Twitch merupakan salah satu platform penstriman popular, yang digunakan lebih memfokuskan kepada penstriman melibatkan permainan video. Kini, Amazon, pemilik kepada perkhidmatan berkenaan mengumumkan yang mereka akan mula menggunakan kandungan di Twitch dalam melatih model kecerdasan buatan mereka.

Seperti ramai sedia maklum, Twitch sedia mempunyai kandungan melibatkan video dan audio, yang boleh digunakan dalam melatih model AI – yang seterusnya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk membangunkan untuk menghasilkan avatar yang melakukan jualan langsung edagang.

Pada masa yang sama, ramai pengguna mengkritik langkah Amazon ini, apatah lagi apabila semua kandungan digunakan untuk melatih AI secara lalai, dan pengguna perlu secara manual memilih keluar sekiranya tidak ingin kandungan mereka dilatih oleh AI.

Sekiranya anda menggunakan Twitch, dan ingin memilih untuk kandungan anda tidak dilatih AI Amazon, anda boleh ke halaman Channel Settings > Security & Privacy > Training For Generative AI, dan memilih untuk mematikan ciri berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved