Astro Tawar Pek Entertainment Astro One Bersama Disney+ Hotstar Dan HBO Max Serendah RM69.99/Bulan

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro menawarkan Pek Entertainment Astro One berserta Disney+ Hotstar dan HBO Max baharu dengan harga bermula RM69.99 sebulan. Tawaran ini sah dari sekarang hingga 18 November 2025 dan terbuka kepada pelanggan baru serta pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf langganan mereka.

image is not available

Pelanggan boleh memilih pelan Duo Basic atau Duo Premium dengan masing-masing didatangkan bersama kontrak selama setahun. Duo Basic menawarkan harga lebih mampu milik, manakala Duo Premium hadir dengan ciri tambahan termasuk sokongan penstriman serentak di pelbagai peranti.

Pelanggan Astro One sedia ada juga boleh menambah Disney+ Hotstar dan HBO Max ke dalam langganan mereka dengan hanya RM20 sebulan. Penambahan ini boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi My Astro atau laman web rasmi.

Semua pelanggan boleh menonton kandungan dari kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box atau terus dari aplikasi dan laman web rasmi Disney+ Hotstar dan HBO Max.

image is not available

Dalam masa yang sama, Astro turut menyediakan lebih 13 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Prime Video, Viu dan iQIYI dengan harga eksklusif khas. Pelanggan boleh melanggan Pek Astro One dengan harga RM49.99 sebulan atau memilih untuk menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Entertainment ini dengan hanya RM139.99 sebulan.

View Original Article