HBO Max dan Viu hari ini mengumumkan kerjasama yang membolehkan kandungan kedua-dua platform dinikmati menerusi satu pelan sahaja. Ia adalah kali pertama pelan gabungan seperti ini daripada dua platform penstriman yang bersaing ditawarkan di rantau Asia Pasifik. Ia akan dilancarkan pada Q4 2025 untuk pelanggan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Harga pelan langganan 2 dalam 1 ini hanya akan diumumkan selepas ia dilancarkan nanti. Ia membolehkan kandungan seperti The Last of Us, The White Lotus, House of the Dragon daripada HBO Max dan Running Man, 2 Days 1 Night, dan Love Has Fireworks daripada Viu dinikmati pelanggan. Pelan boleh dilanggan menerusi laman atau aplikasi HBO Max atau Viu.
Janice Lee, CEO Viu dipetik berkata penggabungan kandungan Hollywood HBO Max dengan kegemaran Asia Viu dalam satu berkas langganan akan menawarkan lebih banyak pilihan dalam rancangan, akses lebih mudah kepada kandungan yang pelbagai dan nilai yang lebih tinggi merentas rangkaian yang lebih luas.

