Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

LocalEntertainment
7 Jul 2026 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

Penonton masa kini mahukan hiburan yang mudah boleh ditonton di mana sahaja. Untuk memenuhi keperluan ini, Astro X3 hadir sebagai pilihan moden. Melalui aplikasi Astro pada televisyen pintar serasi serta Astro GO, pengguna boleh menikmati drama, filem dan siaran langsung di mana sahaja mereka berada. Lebih penting, semua ini boleh dinikmati tanpa dekoder, tanpa pemasangan rumit dan tanpa kontrak panjang (tertakluk kepada terma dan syarat).

Image from: Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

Astro X3 menawarkan dua pelan kontrak selama 12 bulan bermula 20 Julai 2026. Pelan Entertainment 12 Pack akan ditawarkan pada harga RM39.99 sebulan, manakala pelan Sports 12 Pack berharga RM89.99 sebulan dan turut merangkumi semua saluran hiburan. Selain itu, bermula Disember 2026, Astro akan memperkenalkan pilihan tanpa kontrak bagi memberikan lebih kebebasan kepada pengguna. Pilihan ini termasuk Entertainment Pack dengan harga bermula RM59.99 sebulan dan Sports Pack dengan harga bermula RM109.99 sebulan.

Image from: Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

Pilihan tanpa kontrak ini memberi kebebasan kepada pelanggan untuk melanggan, menunda atau membatalkan perkhidmatan mengikut keselesaan sendiri. Semua kandungan boleh diakses melalui aplikasi Astro pada televisyen pintar yang serasi dan Astro GO, sekali gus memastikan pengalaman tontonan yang lancar di pelbagai peranti.

Image from: Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

Untuk melanggan Astro X3, pengguna hanya perlu pergi ke laman rasmi Astro di astro.com.my atau melalui agen sah Astro. Seterusnya, daftar akaun dengan memasukkan nama penuh, nombor MyKad atau Passport serta nombor telefon, kemudian pilih pelan langganan yang diinginkan. Selepas itu, sahkan emel dengan kod PIN enam digit yang dihantar oleh Astro, cipta kata laluan baharu (syarat minimum lapan aksara), semak dan sahkan pesanan serta lakukan pengesahan identiti menggunakan MyKad.

Astro X3 turut menampilkan kandungan eksklusif seperti Astro Originals serta siaran langsung sukan berprestij, antaranya Liga Perdana, UEFA Champions League, Formula 1, MotoGP, Wimbledon dan kejohanan badminton antarabangsa. Di samping itu, Astro mengumumkan barisan kandungan baharu yang merangkumi pelbagai genre. Untuk kategori filem, penonton boleh menantikan tayangan Terbang, Kudrat 1968 dan HAK: Tuntut atau Tunduk.

Image from: Astro X3 Diperkenalkan – Langganan Penstriman Tanpa Dekoder Bermula RM39.99 Sebulan

Bagi peminat drama, pilihan yang disediakan termasuk Bulan Henti Bicara, Sumpahan Mencintai, Love of My Life, Jutawan Ekspres 2, Premier League: I Love You, WOLONG: The Mastermind, Maara dan Marmadesam. Sementara itu, program siaran langsung yang akan menemui penonton ialah Big Stage Rocketfuel, Astro Star Quest 2026 – The Next Wave, Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2026 dan Kilauan Emas Selebriti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved