YouTube Short Dikemaskini Dengan Kelajuan 2X dan Video Tanpa Antaramuka

TechnologyDigital
26 Jun 2026 • 8:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antaramuka YouTube Shorts telah diberikan nafas baharu pagi ini untuk memudahkan video ditonton tanpa halangan. Visual antaramuka seperti butang Like, kapsyen dan sebagainya boleh disorokkan dengan memilih Clear Screen dalam menu tiga titik. Shorts kini nampak lebih bersih dengan video sahaja boleh dilihat.

Image from: YouTube Short Dikemaskini Dengan Kelajuan 2X dan Video Tanpa Antaramuka

Pilihan menonton video pada kelajuan 2X turut diperkenalkan dengan meleret jari ke bawah pada skrin. Ini amat berguna apabila melihat video tutorial dan anda hanya mahukan maklumat dengan pantas. Seterusnya ciri membisukan audio dengan lebih panta juga diberikan.

Image from: YouTube Short Dikemaskini Dengan Kelajuan 2X dan Video Tanpa Antaramuka

Bagi pemilik video, butang Dislike kini tidak lagi dipaparkan sebaliknya hanya butang suka berbentuk hati dipaparkan. Menggantikannya ialah butang mengatakan jangan sarankan Shorts yang sedang ditonton. Kesemua ciri yang diumumkan pagi ini diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved