ASUS Fragrance Mouse MD101 Akan Ditawarkan Di Malaysia Pada Bulan Jun – Berharga RM169

TechnologyDigital
15 May 2025 • 5:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal bulan ini, kami telah melaporkan tentang sebuah produk daripada ASUS yang cukup menarik, iaitu ASUS Fragrance Mouse MD101 yang menawarkan ruangan pada bahagian bawah untuk diisi dengan minyak aromatik. Bahagian berkenaan juga boleh dikeluarkan dan dibasuh untuk diisi dengan minyak aromatik yang berbeza bau wanginya.

image is not available

Selain itu, tetikus ini menawarkan sokongan yang biasa hadir bersama tetikus lain, termasuk sambungan nirwayar 2.4Ghz dan Bluetooth, selain kebolehan menyelaraskan tahap DPI kepada 1200dpi, 1600dpi dan 2400dpi. Asus mengatakan tetikus ini boleh bertahan sehingga 10 juta klik.

image is not available

ASUS Malaysia mengesahkan bahawa tetikus ASUS Fragrance Mouse ini akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula bulan Jun hadapan pada harga RM169.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved