Siri Aksesori ASUS x Hatsune Miku Akan Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
15 May 2025 • 2:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan lepas, kami ada melaporkan bahawa ASUS telah memperkenalkan satu siri kolaborasi produk bersama idola digital terkenal Hatsune Miku yang termasuk produk-produk seperti rangka komputer desktop, kad grafik, papan kekunci, tetikus dan juga fon kepala.

image is not available

Terkini, ASUS Malaysia telah mengesahkan bahawa sejumlah produk-produk ini akan memasuki pasaran Malaysia. Ia termasuklah aksesori papan kekunci, tetikus, pad tetikus dan fon kepala yang kami laporkan sebelum ini.

image is not available

Aksesori-aksesori kolaborasi Hatsune Miku yang disahkan akan memasuki pasaran Malaysia termasuklah papan kekunci ASUS TUF Gaming K3 Gen II, ASUS TUF Gaming Mini Wireless Mouse, pad tetikus ASUS TUF Gaming P1, dan fon kepala ASUS TUF Gaming H1 Gen II.

image is not available

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka menjangkakan bahawa siri aksesori PC ini akan mula ditawarkan seawal bulan Jun 2025, dan akan dijual dalam satu berkas yang sama secara sekaligus. Buat masa ini mereka tidak tahu samada produk-produk ini akan dijual secara berasingan ataupun tidak.

image is not available

Selain daripada itu, mereka juga belum dapat mengesahkan lagi samada produk rangka PC desktop dan kad grafik dengan penjenamaan yang sama akan ditawarkan untuk pasaran tempatan ataupun tidak, seperti apa yang dilakukan untuk produk-produk kolaborasi Evangelion mereka.

image is not available

ASUS Malaysia juga masih belum memperlihatkan harga set aksesori ini buat masa ini, dan mengatakan bahawa ia akan diumumkan secara rasmi apabila ia semakin dekat dengan tarikh pelancaran tidak lama lagi.