Dari penawaran komponen dan aksesori perkomputeran sehinggalah peranti-peranti pintar dan binaan komputer desktop dan komputer riba yang diperkenalkan untuk pelbagai jenis segmen, ASUS adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.

Terkini, ASUS telah memberi komitmen baru terhadap kualiti peranti-peranti mereka dan juga kualiti perkhidmatan pelanggan untuk memastikan bahawa para pengguna produk-produk ASUS bukan sahaja menerima kualiti produk yang terbaik, tetapi juga perkhidmatan pelanggan yang mudah diakses dan diyakini.

Bermula dengan pengenalan produk berkualiti, sejumlah produk-produk ASUS hadir dengan pensijilan MIL-STD 810H US yang memastikan bahawa produk-produk ini tahan lasak. Untuk mendapat pensijilan ini, produk-produk ASUS melalui sebanyak 34 ujian kelasakan, dimana antaranya termasuklah:
- Ujian Jatuh – Ujian jatuh dijalankan untuk memastikan bahawa produk-produk ASUS tidak menghadapi kerosakan fizikal apabila dijatuhkan pada ketinggian 100cm yang merupakan purata ketinggian meja pejabat
- Ujian Suhu Melampau – Komputer-komputer riba ASUS diuji pada suhu melampau -33 darjah Celcius sehingga 55 darjah Celcius untuk menentukan kemampuan peranti-peranti ini untuk beroperasi pada suhu-suhu tersebut.
- Ujian Tumpahan Air – Air ditumpahkan keatas bahagian papan kekunci komputer-komputer riba ASUS untuk memastikan bahawa ia boleh dialirkan dengan selamat dan tidak memberi kesan kepada komponen-komponen dalaman komputer riba
- Ujian Tekanan – Ujian ini mengesahkan kekuatan struktur binaan komputer riba apabila diuji dengan beban yang berat, dari aspek rangka dan juga palam-palam USB dan juga untuk memastikan bahawa komponen dalaman tidak rosak apabila dibebankan oleh pelbagai jenis pemberat pada bahagian-bahagian berbeza komputer-komputer riba mereka
- Ujian Getaran – Ujian ini menguji sama ada komputer-komputer riba ASUS menghadapi masalah apabila beroperasi dalam keadaan gegaran dalam julat frekuensi 5-500Hz dalam 3 paksi berbeza, mensimulasi keadaan penggunaan komputer riba dalam kenderaan yang bergerak dalam keadaan yang lasak.

Dalam pada itu, komputer-komputer riba ASUS kini juga hadir dengan waranti tempatan selama satu tahun yang merangkumi kerosakan seperti komputer riba yang terjatuh, kerosakan kerana air, kerosakan kerana renjatan elektrik, dan paparan yang retak ataupun pecah tanpa kos tambahan. Komputer-komputer riba ASUS yang berada dibawah waranti ini tidak akan perlu membuat sebarang bayaran tambahan untuk membaikpulih masalah-masalah ini.
ASUS juga memperlihatkan waranti antarabangsa selama dua tahun yang merangkumi kecacatan buatan apabila anda membeli peranti anda yang boleh dihantar kepada perkhidmatan pelanggan di luar negara untuk diperbaiki.Waranti ini merangkumi 90 buah negara dimana ASUS mempunyai operasi jualan dan perkhidmatan pelanggan untuk produk-produk mereka.

ASUS Malaysia turut mengatakan bahawa mereka kini mempunyai 1000 pusat membaikpulih komputer riba di seluruh Malaysia, dan pengguna komputer riba ASUS mempunyai beberapa pilihan apabila mereka mahu menghantar komputer-komputer riba mereka untuk diperbaiki.

Pertama ialah pilihan Walk In di kesemua 1000 pusat membaikpulih komputer riba tersebut. Pengguna boleh ke pautan ini untuk mencari lokasi pusat perkhidmatan pelanggan ASUS yang terdekat kepada mereka, dan pergi sendiri ke lokasi tersebut untuk bertanyakan sekiranya komputer riba mereka boleh diperbaiki.
Cara kedua pula ialah Drop Off, dimana pengguna komputer riba boleh menghantar komputer riba yang perlu diperbaiki ke pusat perkhidmatan pelanggan ASUS melalui perkhidmatan Pos Malaysia, yang mana pihak ASUS Malaysia kemudiannya akan memberitahu bilakah ia boleh diambil semula selepas ia diperbaiki.

Cara ketiga pula ialah Home Pickup, dimana pihak perkhidmatan pelanggan ASUS Malaysia akan datang sendiri untuk mengambil komputer riba yang perlu diperbaiki dan akan menghantarnya pulang kembali apabila ia siap. Bayaran tambahan untuk mengambil dan mengembalikan peranti juga akan ditambah kepada jumlah yang perlu dibayar untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Pengguna juga boleh menggunakan pautan ini untuk menjejak status pembaikpulihan peranti-peranti anda. Pihak perkhidmatan pelanggan ASUS Malaysia akan mengemaskini setiap langkah pembaikpulihan supaya anda boleh mengetahui apakah yang sedang dilakukan untuk memulihkan peranti-peranti anda.

Untuk mereka yang membeli model komputer riba seperti ASUS Vivobook S, ASUS Zenbook, ASUS ProArt dan ASUS ROG selepas 28 Julai 2026, mereka juga akan menerima tawaran ASUS ProCare tambahan yang membolehkan mereka untuk menghantar komputer-komputer riba ini untuk dibersihkan dan juga mendapat servis keutamaan yang membolehkan komputer-komputer riba tersebut untuk diperbaiki dengan lebih cepat.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang proses ujian ketahanan peranti-peranti ASUS, dan juga bagaimanakah perkhidmatan pelanggan mereka beroperasi, anda boleh klik pada pautan ini untuk melihat apakah cara terbaik dan paling berbaloi untuk anda memperbaiki peranti-peranti ASUS anda.
Penafian: Ini adalah sebuah advertorial oleh ASUS Malaysia.




