Prototaip Microsoft Surface Laptop Ultra Mendedahkan Butiran Cip NVIDIA N1X

TechnologyDigital
28 Jul 2026 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu acara Computex Taipei tahun ini, NVIDIA telah memperkenalkan cip pemprosesan NVIDIA N1X sebagai sebahagian daripada siri cip pemprosesan untuk komputer pengguna mereka, yang akan menggerakkan sistem operasi berasaskan Arm, yang mana salah satu daripada rakan pembina mereka ialah Microsoft, yang turut memperlihatkan komputer riba Microsoft Surface Laptop Ultra sebagai sebahagian daripada platform RTX Spark.

Image from: Prototaip Microsoft Surface Laptop Ultra Mendedahkan Butiran Cip NVIDIA N1X

Terkini, prototaip untuk komputer riba tersebut nampaknya telah tertiris dan telah diuji oleh seorang pengguna yang telah mendedahkan pelbagai butiran mengenai komputer riba tersebut di forum TechPowerUp. Komputer riba tersebut dilaporkan boleh beroperasi, tetapi prestasi cip pemprosesan tersebut dilaporkan tidak begitu baik kerana perisian NVIDIA Windows on Arm lama (2025) yang digunakan tidak mampu memaksimakan prestasi cip tersebut. Kemaskini baru (GeForce WoA  616.00 preview) yang diperkenalkan juga tidak memperlihatkan sebarang penambahbaikan ketara.

Image from: Prototaip Microsoft Surface Laptop Ultra Mendedahkan Butiran Cip NVIDIA N1X

Walaupun begitu, kita dapat memperlihatkan butiran cip pemprosesan NVIDIA N1X, yang memperlihatkan penggunaan 20 CU (Compute Unit) yang terdiri daripada 5×2 gabungan cip ARM Cortex X925+ dan 5×2 gabungan cip ARM Cortex A725+.

Cip ini turut hadir dengan gabungan memori LPDDR5 sebanyak 24GB dan secara teknikalnya, ini bermakna bahawa komputer riba Surface Laptop Ultra ini tampil dengan kemampuan menyerupai sebuah komputer riba yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070, tetapi seperti yang dikatakan, perisian NVIDIA Windows on Arm yang digunakan masih belum boleh mengoptimasikan prestasi cip pemprosesan tersebut dalam penggunaan sebenar.

Image from: Prototaip Microsoft Surface Laptop Ultra Mendedahkan Butiran Cip NVIDIA N1X

Walaupun begitu, dengan kemaskini perisian pemandu terbaru, beberapa ujian penanda-aras dapat dijalankan, dan pengguna forum tersebut telah sedikit sebanyak memperlihatkan kemampuan cip NVIDIA N1X ini.

Image from: Prototaip Microsoft Surface Laptop Ultra Mendedahkan Butiran Cip NVIDIA N1X

Dalam pada itu, rupa bentuk fizikal cip pemprosesan NVIDIA N1X juga diperlihatkan secara lebih dekat lagi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer riba ini dan butiran tambahan mengenai cip N1X yang diketahui setakat ini, anda boleh melawat pautan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved