Sebelum ini, ASUS telah memperlihatkan kad grafik ROG Astral GeForce RTX 5090 Dhahab Edition yang memperlihatkan kad grafik tersebut hadir disaluti dengan cat berwarna emas, dan “sedikit” emas didalamnya, kira-kira 6.5g sahaja. Ia hanya dijual di pasaran Timur Tengah, dan mencecah harga berpuluh ribu ringgit.

Baru-baru ini, di acara Bili-Bili World yang berlangsung di Shanghai telah memperlihatkan banyak syarikat teknologi memperkenalkan penawaran produk baru, dan ASUS juga merupakan salah satu daripadanya.
ROG exhibited a gold RTX 5090 in China. It used 5kg of gold and weighed 7.2kg in total. pic.twitter.com/YIwyAYUZnp
Mereka telah memperlihatkan kad grafik ASUS ROG Astral GeForce RTX 5090 Real Gold Edition. Apa yang lain dengan kad grafik ini ialah keseluruhan rangka kad grafik ini, dari bongkah, paip dan sirip penyejuk, kecuali kipas adalah diperbuat daripada emas tulen.

ASUS mengatakan kad grafik ini hadir dengan berat 7.2kg, dan jumlah berat emas yang digunakan adalah sebanyak 5kg. Anggaran harga kad grafik ini adalah sekitar $500 ribu (~RM2.1 juta), khususnya apabila jumlah emas yang digunakan dinilai sebanyak ~$100 ribu.
Ia tidak diketahui jika ASUS akan menjual kad grafik ini atau menyimpannya sahaja sebagai sebuah perhiasan.
