Asus Mengacah Kehadiran Komputer Riba Edisi GoPro

TechnologyDigital
23 Dec 2025 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ramai sedia maklum akan GoPro, iaitu sebuah jenama kamera aksi popular di seluruh dunia. Terbaru, Asus mengacah kehadiran komputer riba terbaru mereka hasil kerjasama dengan GoPro, dan dijadualkan untuk pengenalan pada CES 2026 kelak.

image is not available

Asus akan memperkenalkan komputer riba Asus ProArt dibawah edisi GoPro ini, memperlihatkan pengguna boleh melakukan penyuntingan video pasca rakaman dengan mudah dan pantas. Sebuah kekunci pintas GoPro turut dilihat disertakan pada komputer riba ini. Ia juga dijangka hadir dengan rekaan dan binaan khusus – selari jenama kamera aksi berkenaan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan kerjasama kedua-dua pihak ini pada CES 2026 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

— ASUS (@ASUS) December 21, 2025